Posts

Showing posts from 2015

SHE

... The one who seeks the truth. the one who always wanted to give up when she did not success to sustain her changes. Sometimes, it keeps the girl strong but deep down inside, her heart still searching something and she did not know what is it... ... She is so stubborn. Yes.. When she did not get her heart some serenity. She would find it, seek it. And she would be very determined! No one can stop her. ... She did not realized the One up there, Just waiting for her, And she just noticed that He only wanted her to put some effort on Him. Because at one beautiful moment, She found what so called happiness. Yes.the purpose of life Endlessly. ... She is a nice person, She loves kindness She adores happiness She loves kids and folks She loves to create something. But...she did not know till when.. She tried to find her stand and..sigh..she did not know what is it. ... And only now, She feels it. The truth. No one can stop her now. cause her obs...

Allah is my only hope :)

Image
     Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani hamba- hambaNya. Selawat dan salam buat junjungan Rasulullah dan sahabat-sahabat yang bertungkus lumus bekerja sehingga akhirnya Islam itu dapat dirasai sehingga sekarang.      Semalam Salman ke Texas of Belgaum untuk meneruskan pencarian kebenarannya yang akan mengukuhkan lagi prinsipnya terhadap Allah, Al Quran dan As Sunnah. Walaupun hanya sempat revise taaruf Mukhlisin semalam, satu peristiwa yang tampak kecil tapi sangat besar telah berlaku kepadanya. Salman bersama Talhah, Ali, Bilal dan Abdullah  meluncur laju ke Texas.   Taaruf Salman bersama Ali, Talhah, Bilal dan Abdullah hanya berlaku beberapa minit sebelum solat Maghrib disana. Taaruf Mukhlisin setelah tujuh bulan bersama, dan mereka rupa-rupanya sangat mengenali  dan memerlukan satu sama lain dalam pembinaan batu bata ini (baca:IM) kerana soalan yang ditanya itu adalah sangat subjektif dan hanya akan dapat apa...

New Life Begins !

Dengan nama Allah yang Maha Pengasih, Maha Penyayang.      Segala puji pujian bagi Allah SWT atas nikmat iman dan islam lagi pada hari ini. Dan  yang paling bersyukur adalah nikmat merasai bahawa Allah ini masih lagi Tuhanku, Rabbku. Maha suci Allah dari segala yang dipersekutukan denganNya. Selawat dan salam atas baginda Rasulullah SAW yang sangat dirindui serta para sahabat.     Lama rasanya aku tidak menulis atas kekangan2 Al Falaq. Jawapan klise sebab tak diizinkan Allah. Simple. Cuma aku nak cakap yang semakin lama Allah akan membuatkan kita beramal dengan apa yang dicakapkan. Dan jawapan kepada semua jawapan ini adalah dakwah dan tarbiyah. Hanya ini amal yang dituntut oleh Allah. Abid dan khalifah. Perjuangan cinta Rasulullah dan sahabat dalam menegakkan Al haq.    Banyak perkara yang aku tak boleh described dengan kata- kata. Perasaan itu hanya diketahui oleh Allah Al Wadud. Di awal- awal fasa dakwah ini sangat memerlukan hubungan ...

" Meow, Meow, Meow !"

Image
" Meow..Meow..! Meow!!"            Nyaring sekali bunyi suara kucing di ground floor hostel ini. Al  kisahnya saya nak keluar pergi ambil parcel. Sampai di ground floor. Sunyi sepi.*krik krik*. Sebab mostly students dah balik. Dalam kelajuan saya melangkah tu , tiba tiba ada bunyi suara yang sangat nyaring. Kucing mengiau rupanya.Kuat sangat dan tak berhenti. Sampai ngendeng kat kita. Cuak jugak eden. tapi macam boleh suspect yang kucing tu lapar sangat sebenarnya tapi saya tak bela kucing, jadi takde makanan nak bagi dan tak tahu itu kucing siapa.           Dah balik ambil parcel, sekali lagi lalu ground floor.haruslah.Kali ni lagi kuat mengiaunya. Pastu ngendeng -ngendeng kat kita.Serba salah eden dibuatnya. Last last I give it cup of water dekat water cooler. Ya Allah, memang lapar lupanya. Aku ni susah sikit dengan kucing. Sekarang Alhamdulillah dah boleh pegang kucing dah *wee. Tapi ada satu ibrah besar yang saya dapa...

Tak cukup lagi ke wakk?

Kebelakangan ini, banyak sangat ceghita ceghita kesusahan rakyat yg saya dengar yang merobek hati ini.Kalau ikutkan hati,rasa nak pergi tolong. Budak pergi jual bunga kantan sebab nak tolong ayah. Budak 23 bulan diliwat. Budak 5 tahun didera macam binatang dengan ibu tiri. Wujud rupanya kisah cinderella ni. Apa lagi? Banyak lagi kegilaan ini.Tapi kebanyakan ceghita sudah jadi senyap sahaja.Kes rogol sekarang ini dah jarang diletakkab dalam newspaper.Sebab apa? Sebab benda itu dah common. common.common! Walhal,suatu ketika dahulu,berita ini mampu menggegarkan satu Malaysia. Tapi tidak adillah untuk kita yang Allah sudah lebihkan rezeki ini dibandingkan dengan mereka yang susah ini untuk lagi duduk duduk berehat-rehat bawah dalam rumah berekon sambil makan seteroberi kek. Dimana punca ketidaksejahteraan ini? Mana ea? Selalu simptom yang dipulihkan tapi bukan root cause. Kalau bahasa mediknya. We just treat the palliative but not the real cause of the disease in which the disease can...

How is your Ramadan?

Image
Senyum tengok tajuk. Nebes pun ada. Dup dap dup dap. Takut dalam masa berharap supaya Allah pandang kita semua.    Tapi, masa betul betul mencemburui kita. Sekejap sangat, pejam celik pejam celik, dah lima belas Ramadan dah. Dekat India ni lambat sehari. I have been buzy preparing for the exam. kadang kadang dilema nak buat mana satu, study ke, tarbiyah? Aip kak ros, boleh lagi memilih. Eh, takdelah, sekarang boleh masuk fasa kematangan sikit kot. Matlamat lebih jelas sikit. Tak gelabah macam biasa. Walhal, mati yang pasti tu tak tahu menjengah bila. Mungkin sekejap lagi.  Eh, bukan nak cakap pasal ekjem. Tak pernah lagi kongsi dekat sini macam mana feeling Ramadan kedua bersama tarbiyah. Hehe. umur dah dua puluh satu tapi rasa macam baru dua tahun berpuasa yang membina taqwa. Amin. Tarbiyah Rasulullah sangat meninggalkan kesan yang mendalam. Effect Rabbaniyah itu sangat deep. Ramadan kali ini macam satu hadiah buat saya. Dan sangat bersyukur sebenarnya sebab almost...

Series teinspirasi :D

Image
         Saat ini, aku betul betul rasa terinspirasi dengan orang yang hidup penulisannya. Mungkin kerana keikhlasannya. Semoga Allah memberi kekuatan untuk mereka yang ikhlas ini. Selain blog APG, aku tejumpa satu blog ni. Baru baca sekali, rasa nak baca lagi. Mungkin kerana tujuan yang sama. Ya, pasti ! Sebab seseorang yang sangat menjaga tarbiyah zatiyahnya, kesannya sangatmendalam. Entahlah, aku boleh rasa ruh tu. Bila lah lagi aku nak jadi macam itu, tapi aku sedar sesuatu yang lain.      Dulu, mungkinlah aku menulis kerana nak ekspres ilmu, nak cerita apa yang kita tahu dan yang paling penting, kita tahu sendiri yang benda itu kering. Tapi sekarang feeling dia lain. Takut nak tulis kalau tak beramal. Takut, takut. Tapi mungkin aku jenis yang ekspresivekah, sebab itu aku menulis?     Sebenarnya aku nak sangat diri aku dan orang lain rasa betapa indahnya, hidup dengan tujuan, hidup bertuhan. Hidup dengan tarbiyah. Tak tahu keb...

Suatu ketelusan :')

Image
Bismillahirrahmanirrahim.           Segala puji bagi Allah yang memenuhi ruh dan jiwa hamba-hambaNya. Ya, satu pagi yang cukup indah ditemani hujan dari langit untuk menghidupkan jiwa jiwa mukhlisin. Kekadang, bukan di pengawalan, bukan di pertengahan, namun di pengakhiran jua terselit beribu rahmat. Sesuatu duduk duduk kita yang jika niatnya benar benar mukhlis kerana Allah, maka Allah akan memberi keberkatan.         Aku sangat rasa yang salah satu sebab untuk kita tetap thabat di jalan ini adalah dengan telus antara satu sama lain. It would hurt you a bit, but the effect after that was blossomed! Kekadang antara ahli bulatan gembira kita sendiri pun akan ada sahaja sangkaan sangkaan jahiliyah itu.       Tapi, tapi I found it more meaningful when you are telling the truth if you have some bad expectations to others. Sebab, sangakaan itu akan melambatkan tarbiyah masing masing walaupun benda kecil. Mungkin sudah ad...

Aku futur.

Bismillah. Ya Allah, Dengan nama Egkau yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Yang sentiasa berlaku lembut terhadap hamba-hambaNya. Yang sangat mencintai hamba-hambaNya. Yang Mengampunkan dan menghapuskan dosa hamba-hambamu Ya Allah. Yang memiliki azab yang keras. Yang memiliki rahmat melebihi langit dan bumi. Yang sentiasa memberi petunjuk kepada hambaMu ini. Yang sentiasa mendengar telusan hati hambanya. Yang sentiasa meletakkan hambaNya di tempat yang terbaik. Yang Maha Hidup dan tidak pernah mati. Yang sentiasa menjadi tempat bergantung bagi hambaNya. Yang memperkenankan doa hamba-hambaNya. Yang sentiasa membolak balikkan hati hambaNya, Bagaimana bisa futur? Tapi aku yakin, ini yang terbaik buat aku pada waktu ini. " Demi waktu dhuha. Dan apabila malam telah sunyi." (Dhuha 1&2) Semuanya atas kasih sayang dan harapan Dia kepada kita. Waktu dhuha pasti akan menjengah. Sabar. Life is not easy man. Same goes to tarbiyah. Tapi takpa. Hari ini Allah masih mem...

"Hati - Hati kak bawa motornya !"

Bismillah. Bukanlah sabar jika masih ada batas. Bukanlah ikhlas jika masih ada kesedihan.       Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam. Selawat dan salam ke atas junjungan Rasulullah s.a.w dan sahabat baginda yang sangat ak u kepingin untuk bertemu di syurga.       Hari ini rasa nak share tadabbur aku hari ini. Jap eh.       Kalau dekat India ni, sepeciali Belgaum, waktu peak trafik is tengah hari. Lalu sebentar tadi aku keluar ke Maruthi Gali (pasar paling besar di Belgaum) menaiki motor. Skuter je ok. Aku bawak kawan aku ni. Sumpah seram bawak motor tengah hari tadi. Motor, kereta, bas, penuh. Perh. Aku pun tak tahu macam mana boleh tekad nak pergi jugak. Semata-mata nak pergi beli hadiah. Moga Allah meyucikan niat aku.      Tapi kan, ada satu benda sahaja aku tadabbur sepanjang jalan aku. Aku betul - betul harap Allah jaga aku sepanjang perjalanan. Aku rasa sangat yang Allah itu Rabb yang menjaga aku dengan...

Kebenaran yang membahagiakan jiwa

Image
Bismillah.     Alhamdulillah  segala  puji  bagi  Allah, Tuhan  semesta  alam . Semestinya layak di sembah ,dipuja, dicintai  tanpa  kompromi. Selawat  dan salam  buat  junjungan  besar  Nabi Muhammad  saw  yang  sangat  dirindui serta  para  sahabatnya.     Suatu  ketika  dahulu, aku  pernah  merasai  what  so called  kebahagiaan.  Kebahagiaan  sementara  yang  aku  rasa mampu menyenangkanku di  kala  aku  susah. Kebahagiaan  itu  aku  cari  pada  keluarga, pada study, pada kawan -kawan, pada guru  pada  wang, pada fesyen,pada mekap,kereta,pada  boyfriend. Ya, membahagiakan aku, tapi  sekejap  dan tidak  secara  kesuluruhannya. Siapa  sangka  kebahagiaan  yang  dicari itu, rupa -rupanya  di bumi India...

Rijal Rabbani

Di puncak sana kita kan capai bahagia, Walau berliku rintangannya. :) Bismillah.   Alhamdulillah ke hadrat ilahi. Segala puji pujian hanya untuk Allah yang Maha Esa. selawat dan salam keatas Rasulullah saw yang sangat dirindui dan kepada sahabat baginda.  Memetik kata-kata Muaz bin Jabal saat kematiannya.   " Ya Allah, sesungguhnya selama ini aku takut kepada-Mu, tetapi hari ini aku mengharapkan-Mu. Ya Allah, Engkau mengetahui bahwa aku tidaklah mencintai dunia demi untuk mengalirkan air sungai atau menanam kayu-kayuan, tetapi hanyalah untuk menutup haus di kala panas, dan menghadapi saat-saat yang gawat, serta untuk menambah ilmu pengetahuan, keimanan dan ketaatan." Hai Muaz !    Alhamdulillah..seronok keluar jenjalan minggu ini..lalalala. Rijal Rabbani. Saya sangat menginginkannya. Rijal yang tidah lemah, tidak patah semangat dan tidak menyerah. Sesungguhnya Allah mencintai orang yang sabar. Dan kunci kepada semua ini ialah sabar.  Apa ...

" I'll tell God everything."- Rohingya !

Image
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah Maha Penyayang.      Alhamdulillah atas segala nikmatmu Ya Allah. Tiada Tuhan yang layak disembah melainkan Allah. Segala puji-pujian hanya untukMu. Sampaikan selawat dan salamku kepada Rasulullah SAW yang dirindui dan para sahabat baginda.    Entri kali ini, lain sikit. Dulu aku tak pernah kisah pasal umat Islam. Tak pernah kisah pasal saudara  seakidah aku. Aku duduk dalam dunia aku sahaja. Duduk dalam kepompong sendiri je. Tak peduli pun dekat umat sendiri, even jiran sebelah rumah pun. Hanya semangat bila ada isu yang panas dan sensasi sahaja. Isu Palestin, Syria, Afghanistan, Rohingya. Arhh.. Dulu mana kesah pasal semua ini. Sekarang pun..   Tapi hari ini, hati aku yang mati, yang rasa kering itu dihidupkan dengan kisah umat aku sendiri, saudaraku yang stranded dekat lautan tu selama dua bulan and starvation dekat dalam kapal tu ! Dan sampai minum air kencing sendiri untuk hidup. Allahu.  ...

Buat kamu yang aku sayang kerana Allah :)

Image
Bismillah "dan Dia(Allah) yang mempersatukan hati mereka( orang yang beriman).Walaupun kamu menginfakkan semua (kekayaan) yang berada di bumi, niscaya kamu tidak dapat mempersatukan hati mereka. Sungguh, Dia Maha perkasa Mahabijaksana." (8:63) 14 Mei 2015 Buat kamu,    Genap dah awak 21 tahun, yeay ! walaupun usia perkenalan kita yang baru nak cecah dua tahun tapi saya rasa macam dah lama kenal awak. Magik kan. Dah lah saya datang lambat, budak mesir transfer. Tak kenal siapa siapa pun. Awak pulak style style hot stuff gtuh Hehe.    Saya tak ingat macam mana saya kenal awak mula mula. Cuma yang pasti awak macam ada kembar dekat sini. Series tak ingat. Tapi saya nak cakap dekat awak satu perkara yang awak adalah salah satu bukti ukhwah fillah buat saya. Senyum.   Tahu tak sebab apa ? sebab saya kenal awak yang betul betul dalam tarbiyah ini. Dan betullah macam ayat dekat atas tu. Hanya Allah yang mampu menyatukan hati orang yang beriman. Kita terika...

Mukhlisin

BISMILLAH   Alhamdulillah, segala puji-pujian bagi Allah  atas segala nikmatnya  yang  tidak pernah  berhenti ke atas makhlukNya,nikmat  taufiq  dan hidayahNya kepada hamba yang  terpilih. Selawat  dan salam  ke atas  Rasulullah  s.a.w  yang  amat  dirindui serta para sahabat  baginda. Smile.   Sebenarnya  nak tidur  dah ni, tapi  ada  sesuatu yang  aku  nak kongsi  sebelum  tidur. Apakah  itu? Suspennya. Jeng.jeng..jeng. .. adalah  mukhlisin. Orang yang ikhlas. Hanya yang  benar  benar  mukhlis  akan tinggal. Perh. Deep.   Tiada  apa yang Allah  jadikan sia -sia. Semua  yang kita buat Allah  suruh maknai. Maksudnya  bila  aku maksudkan  yang  aku ingin  mukhlis, maka  bersedialah  dengan  tapisan  yang  akan  rancak  dihadapan  kelak. Ini bu...

Sesuci hati Ibrahim :)

Image
Bismillah       Alhamdulillah. Segala puji pujian hanya untuk Allah. Selawat dan salam ke atas Rasulullah s.a.w dan sahabat yang dirindui. Semoga kita bertemu di syurga di bawah pokok yang ceri yang rendang di syurga nanti. Cewahh. Amin. Satu impianku yang sangat aku inginkan.      Ahh. Sudah lamanya tidak menulis. Tangan seperti tersekat-sekat. Idea kering. Sungguh, ilham itu benar-benar dari Allah. Entry kali ini, aku rasa ingin sekali menulis tentang satu sosok yang sangat aku kagum tahap infiniti. La haula wala quwwata illa billah,     Satu figur yang kau takkan temukan dimana-mana. Keyakinannya terhadap Allah sesuci kain putih, bahkan lebih, clear seclear clearnya. Amboi. Ujian dan pengorbanannya melebihi segalanya di bumi ini. Kerana itu sosok ini Allah ceritakan di dalam Al Quran. Siapakah gerangannya?   Ya, itulah dia Nabi Ibrahim a.s. Sang Khalilullah. seorang yang sangat bersangka baik dengan Tuhannya meski mehnah dan pengo...

Kaifa haluki ?

Image
Bismillahirrahmanirrahim. Kaifa haluki? Alhamdulillah thumma Alhamdulillah. Segala puji pujian ke hadrat Allah swt atas segala limpah kurniaNya. Moga kita sentiasa berada di bawah lembayungNya kerana malaikat yang tidak putus putus memohon keampunan untuk hambanya yang berdosa ini. Allahumma fighrli Ya Allah. Tidak lupa juga selawat ke atas Rasulullah s.a.w yang sangat dirindui dan dikasihi serta sahabat sahabat baginda yang sudah membuktikan syahadah mereka. Senyum untuk mereka, tapi kita masih belum selesai lagi di bumi ini. " Kaifa haluki "? Bukan sekadar apa khabar kamu tetapi apa khabar hal mu? Iaitu perasaan dan iman. Cantik sangat bahasa Arab. Short and sweet. Lamakan tak tanya khabar iman. Penulisan kali ini lebih kepada ayat tadabbur aku pada suatu hari yang hening dalam kelas English dan sangat kena dengan jiwa aku saat itu dan betul betul buat aku faham sikit dengan jalan ini. Ni tadabbur aku tau.Baiklah. Ayatnya adalah surah al baqarah ayat 155 dan 156 ...

Futur ? Arhh.. Tidakk !!

Image
Bismillah. Dengan nama Allah yang Maha Penyayang Maha Pengasih. " Dia tu kuatla aku tengok. macam tak pernah down pun !" - " Itulah, aku pun rasa benda yang sama. Aku tengok tarbiyah dia terjaga je sepanjang masa." "Cenggane a dia boleh maintain cenggitu. Kalau jumpa orang dia senyum je." -" Aku ni ada lah jugak masa masamnya". Hehehe..pernah dengar tak dialog di atas. Pernah terjadi tidak dekat anda? kikih. Jom tengok dialog lain pulak. " Kenapa aku rasa kering a. Rasa macam takde perasaan. Boleh tak nak rehat je" - " Aku pernah jugak. Tadabbur tak rasa. Tiba- tiba tak rasa apa apa. Dulu aku sekali baca dah dapat apa yang Allah nak bagi." Ok..yang ni best. " Kenapa masa awal awal tarbiyah dulu aku semangat ea. Tilawah dua juzuk, sehari satu buku fikrah. Semangat nak menyampaikan dekat orang lain. Tapi sekarang aku rasa malas. Satu page pun liat nau nak bacanya. Buku fikrah sebulan pun belum tentu. ...

Di Sebalik At Tin

Image
Bismillah. Allah Ghayatuna Rasulullah Qudwatuna Al Quran Dusturuna Al Jihad Sabiluna Al Mautu fi sabilillah Asmaa Amanina ! Perh. Pagi yang penuh semangat. Cewah. Allah matlamat kami. Rasulullah qudwah kami. Al Quran pedoman kamu. Jihad adalah jalan kami. Mati di jalan Allah. Cita - cita kami tertinggi. Ulang suara. " CITA - CITA KAMI TERTINGGI" Pagi - pagi ni nak kobarkan semangat orang mukmin nak pergi berperang (8:65) " Takde kelas ke ros? " - " I got two hours to go " "la..la..la" Senyum kelat. Pernah makan buah tin tak? buah zaitun ke? durian ? Eh. Takdelah buah durian tu. Cuma pagi ni nak share tentang surah At Tin. Haa.Yang hangpa dok hafal pong pang pong pang masa sekolah kafa dulu, sekolah tabika Islam tu. Yang pakai baju warna biru tu. Ingat dok? baiklah, serius boleh tak ros? okeh. fine. Baiklah, ada sesuatu yang sangat besar dan signifikan sebenarnya dalam surah At Tin ni. Nama surah ini adalah  At- Tin...