Suatu ketelusan :')

Bismillahirrahmanirrahim.

          Segala puji bagi Allah yang memenuhi ruh dan jiwa hamba-hambaNya. Ya, satu pagi yang cukup indah ditemani hujan dari langit untuk menghidupkan jiwa jiwa mukhlisin. Kekadang, bukan di pengawalan, bukan di pertengahan, namun di pengakhiran jua terselit beribu rahmat. Sesuatu duduk duduk kita yang jika niatnya benar benar mukhlis kerana Allah, maka Allah akan memberi keberkatan.

        Aku sangat rasa yang salah satu sebab untuk kita tetap thabat di jalan ini adalah dengan telus antara satu sama lain. It would hurt you a bit, but the effect after that was blossomed! Kekadang antara ahli bulatan gembira kita sendiri pun akan ada sahaja sangkaan sangkaan jahiliyah itu.

      Tapi, tapi I found it more meaningful when you are telling the truth if you have some bad expectations to others. Sebab, sangakaan itu akan melambatkan tarbiyah masing masing walaupun benda kecil. Mungkin sudah ada ikatan kasih sayang. Ya,saya sayang Mukhlisin kerana Allah. Tapi mungkin effort itu masih kurang. Tapi tak apa. We still have time right?


        Bukan semua orang boleh telus, untuk diberi ketelusan pun kita kena minta dengan Allah dan kena benar benar jelas matlamat kita, kerana aku yakin, dengan matlamat yang jelas kita jelas untuk telus kerana apa. Yakinlah mukhlisin yang Allah sedang membina jiwa kita untuk benar benar ikhlas kerana Dia, maka kita jualah yang berusaha untuk itu.

      " Sesungguhnya orang orang yang berkata, " Tuhan kami adalah Allah."kemudian mereka meneguhkan pendirian mereka, maka malaikat malaikat akan turun kepada mereka (dengan berkata), " janganlah kamu merasa takut dan janganlah kamu bersedih hati dan bergembiralah kamu dengan memperoleh surga yang dijanjikan kepadamu." (41:30)

Nangis.

     Ayuh Mukhlisin, teruskan usaha kita, usaha dan terus usaha untuk syahadah kita ini. Uhibbukuna fillah.

p/s : Dah lama rasa tidak menulis, penulisan kali ini benar benar dengan rahmat Allah. :)
Haaza min fadhli Rabbi.


Yeah !





Comments

Popular posts from this blog

a letter from your helpless abid..

Expecting our first child

Di Sebalik At Tin