"Hati - Hati kak bawa motornya !"

Bismillah.

Bukanlah sabar jika masih ada batas.
Bukanlah ikhlas jika masih ada kesedihan.

      Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam. Selawat dan salam ke atas junjungan Rasulullah s.a.w dan sahabat baginda yang sangat aku kepingin untuk bertemu di syurga.

      Hari ini rasa nak share tadabbur aku hari ini. Jap eh.

      Kalau dekat India ni, sepeciali Belgaum, waktu peak trafik is tengah hari. Lalu sebentar tadi aku keluar ke Maruthi Gali (pasar paling besar di Belgaum) menaiki motor. Skuter je ok. Aku bawak kawan aku ni. Sumpah seram bawak motor tengah hari tadi. Motor, kereta, bas, penuh. Perh. Aku pun tak tahu macam mana boleh tekad nak pergi jugak. Semata-mata nak pergi beli hadiah. Moga Allah meyucikan niat aku.

     Tapi kan, ada satu benda sahaja aku tadabbur sepanjang jalan aku. Aku betul - betul harap Allah jaga aku sepanjang perjalanan. Aku rasa sangat yang Allah itu Rabb yang menjaga aku dengan sangat teliti. Aku dengan kawan aku ni pun tak boleh brain macam mana boleh lepas sesak jem tu. To be truth, aku bawak motor laju ok, tapi bila part slow, yang kena stable badan tu... ha sudah..bengkang bengkok jawabnya..Tawakal sahaja. Sepanjang perjalanan harap Allah jaga.

    Bila dah lepas kesibukan tu, aku sampai dekat dengan hostel. Yeay! nak sampai dah. Tapi aku cepat lupa yang waktu sesak tadi aku sangat rasa takut dan harap dekat Allah tu. Bila sampai tempat selesa kita which is hostel. Dah rasa selamat. Rasa macam ok je. Dah tak risau dah.

   Aku reflect satu benda je. Bila luar dari comfort zone, pergi buat benda mencabar, benda tu buat aku rasa lagi nak bergantung harap dekat Allah. Macam mana bila kita ditimpa ujian, ujian susah ke, sabar ke, tahan marah ke which is luar dari kebiasaan senang lenang kita, kita betul betul rasa yang hanya Allah lah yang akan mengangkat ujian - ujian itu. Tapi bila dah senang, kita tend untuk rasa biasa je ke?

    Pada aku besarlah tarbiyah yang Allah nak bagi hari ini. Sebab rasa praktikal dia. Tapi aku rasa memang ada orang tolong je bawak motor tadi sebab logically, aku boleh berlanggar dengan sesiapa je tadi sebab kelemahanku. Hehe..sebab dah pernah jadi. Besarlah kuasa tawakal sampai Allah mampu je untuk cather kelemahan kita.

    Itu sahaja tarbiyah aku hari ini :)

Dhiya Uddin



Comments

Popular posts from this blog

a letter from your helpless abid..

Di Sebalik At Tin

Kefuturan untuk seorang daie?