Series teinspirasi :D
Saat ini, aku betul betul rasa terinspirasi dengan orang yang hidup penulisannya. Mungkin kerana keikhlasannya. Semoga Allah memberi kekuatan untuk mereka yang ikhlas ini. Selain blog APG, aku tejumpa satu blog ni. Baru baca sekali, rasa nak baca lagi. Mungkin kerana tujuan yang sama. Ya, pasti ! Sebab seseorang yang sangat menjaga tarbiyah zatiyahnya, kesannya sangatmendalam. Entahlah, aku boleh rasa ruh tu. Bila lah lagi aku nak jadi macam itu, tapi aku sedar sesuatu yang lain.
Dulu, mungkinlah aku menulis kerana nak ekspres ilmu, nak cerita apa yang kita tahu dan yang paling penting, kita tahu sendiri yang benda itu kering. Tapi sekarang feeling dia lain. Takut nak tulis kalau tak beramal. Takut, takut. Tapi mungkin aku jenis yang ekspresivekah, sebab itu aku menulis?
Sebenarnya aku nak sangat diri aku dan orang lain rasa betapa indahnya, hidup dengan tujuan, hidup bertuhan. Hidup dengan tarbiyah. Tak tahu kebahagiaan apa yang paling indah selain bertemu dengan tarbiyah. Usia tarbiyah aku sangat muda. Aku sungguh tak setanding dengan mereka yang sudah lama dalam jalan yang cukup panjang ini. Aku sangat berharap Allah kurniakan kekuatan dan rasa cinta yang sangat dalam terhadapNya dan Rasulullah.
Aku selalu ingat aku sorang sorang ikut jalan ghuraba ni, tapi tak sebenarnya. Ramai rupanya yang pecut berlari menagih kasih sayang Rabbnya dengan berbuat sehabis baik di jalan dakwah dan tarbiah ini. Aku tak banyak lagi beramal, series tapi aku terinspirasi dengan kegigihan mereka yang all out untuk Allah. Semoga Allah melimpahkan rahmat dan kasih sayang ke atas mereka yang benar benar ikhlas dan siddiq untuk Allah.
-Dhiya Uddin
" Dan kerana TuhanMu, bersabarlah." (74:7)
Comments
Post a Comment