Tak cukup lagi ke wakk?

Kebelakangan ini, banyak sangat ceghita ceghita kesusahan rakyat yg saya dengar yang merobek hati ini.Kalau ikutkan hati,rasa nak pergi tolong. Budak pergi jual bunga kantan sebab nak tolong ayah. Budak 23 bulan diliwat. Budak 5 tahun didera macam binatang dengan ibu tiri. Wujud rupanya kisah cinderella ni.

Apa lagi? Banyak lagi kegilaan ini.Tapi kebanyakan ceghita sudah jadi senyap sahaja.Kes rogol sekarang ini dah jarang diletakkab dalam newspaper.Sebab apa? Sebab benda itu dah common. common.common! Walhal,suatu ketika dahulu,berita ini mampu menggegarkan satu Malaysia.

Tapi tidak adillah untuk kita yang Allah sudah lebihkan rezeki ini dibandingkan dengan mereka yang susah ini untuk lagi duduk duduk berehat-rehat bawah dalam rumah berekon sambil makan seteroberi kek. Dimana punca ketidaksejahteraan ini?

Mana ea? Selalu simptom yang dipulihkan tapi bukan root cause. Kalau bahasa mediknya. We just treat the palliative but not the real cause of the disease in which the disease can relapse next time.

Tapi rupanya kecukupan yang Allah berikan kepada saya selama ini,(makan ,pakai,tidur serba serbi cukup) sebenarnya) adalah untuk mengembalikan mereka kepada Allah,menjadi hamba yang merdeka, jiwa mereka lapang dengan adanya Allah,tidak menjadi perhambaan manusia. BEBAS .BEBAS.BEBAS.

Mana mungkin ada penderaan budak jika jiwa sudah diisi dengan Allah,mana mungkin ada kes rogol jika taqwa telah menyelinap didalam hati. Mana mungkin ada couple jika meyakini Allah satu satunya yang berhak dicintai.Mana mungkin sanggup mengumpat membe jika kenal Allah yang Maha Melihat dan mencatat segala perbuatan buruk.
Mana mungkin kes buli akan wujud jika meyakini Allah itu Maha Pengampun.

Nah,nampak tak permainannya disitu. Jika Allah itu sudah bermaharajalela di dalam hati individu itu, maka mudahlah untuk tunduk kepada Dia semata-mata.Ini yang dinamakan merawat root cause.

Bagaiman Rasulullah mengambil masa 13 tahun hanya untuk menanamkan Allah dalam hati para sahabat sehingga apabila mereka sampai ke Madinah, semuanya sami'nawa ata'na. Subhanallah. Bukanlah aim kita untuk menudungkan orang,bukanlah mengajar al qurab hanya untuk tilawah di peringkat antarabangsa sahaja.Eh. Bukanlah tujuannya hanya untuk memberi hukum hukum ibadah kepada mereka.TAPI tarbiyah yang harus diberikan kepada mereka.

Senyum.

Wahyu pertama Rasulullah telah menukarkan seluruh orientasi hidup Rasulullah hanya kepada Rabbb, Allah semata-mata.Dasyat weh.Sampailan bila wahyu kedua lambat turun,Rasulullah ternanti nanti dengan penuh kerisauan dan kerinduan kerana terasa kehilangan contact (lost contact) yang begitu lama dari Rabbnya. Dasyat la penangan hidup yang berorientasikan Allah.Dan bukan benda lain.

Provisional diagnosis:

Multiple mental,attitude, heart failure due to lack of TARBIYAH.

p/s :Ada exam lusa. Itu yang acah acah dr sikit.

-Dhiya Uddin

Comments

  1. ter-diagnose diri juga sama ada dah betul2 tertarbiyah ke belum *gulp

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

a letter from your helpless abid..

Expecting our first child

Di Sebalik At Tin