How is your Ramadan?
Senyum tengok tajuk. Nebes pun ada. Dup dap dup dap. Takut dalam masa berharap supaya Allah pandang kita semua.
Tapi, masa betul betul mencemburui kita. Sekejap sangat, pejam celik pejam celik, dah lima belas Ramadan dah. Dekat India ni lambat sehari. I have been buzy preparing for the exam. kadang kadang dilema nak buat mana satu, study ke, tarbiyah? Aip kak ros, boleh lagi memilih. Eh, takdelah, sekarang boleh masuk fasa kematangan sikit kot. Matlamat lebih jelas sikit. Tak gelabah macam biasa. Walhal, mati yang pasti tu tak tahu menjengah bila. Mungkin sekejap lagi.
Eh, bukan nak cakap pasal ekjem. Tak pernah lagi kongsi dekat sini macam mana feeling Ramadan kedua bersama tarbiyah. Hehe. umur dah dua puluh satu tapi rasa macam baru dua tahun berpuasa yang membina taqwa. Amin. Tarbiyah Rasulullah sangat meninggalkan kesan yang mendalam. Effect Rabbaniyah itu sangat deep. Ramadan kali ini macam satu hadiah buat saya. Dan sangat bersyukur sebenarnya sebab almost dua puluh tujuh hari puasa di India. Selalunya sepuluh malam terakhir akan sibuk dengan keluarga di Malaysia. Alhamdulillah. Allah Al Munzilin kan?
Baiklah sepanjang Ramadan saya kali ni. Fasa rahmat di sepuluh hari yang pertama, benar- benar terasa rahmatnya. Perasaan dia sangat membuak buak untuk lagi berbuat tujuan hidup itu. Abid dan khalifah. Ya. Semuanya rasa mudah dan diberkati. Tapi kan, terawih kali ini, saya dan akhawat saya sama - sama hayati setiap bait yang bilal laungkan. Bersaksikan surau perempuan. Kitaorang tengok kertas lagi.
Tapi, tapi masya Allah, setiap zikirnya sangat bermakna buat kami, betapa mengagungkan kebesaran Allah SWT. Syahdu sekali, hampir semua saf saya menangis,kerana mengenangkan maksud zikir yang begitu mendalam. Doanya juga, dibacakan dalam bahasa Melayu. Allahu, anda bacalah sendiri. Terawih is so so so meaningful. Dan personally, ini terwaih pertama saya.

Semoga Allah merahmati kita semua. Sekarang dah masuk fasa kedua kan. Fasa keampunan. Dan logiknya, fasa ni lah kita akan buat banyak salah supaya kita rindu untuk berdialog dengan Allah, menangis dalam sujud supaya diampunkan dosa dosa. Longing for HIm. Jangan putus asa kalau down. Yakinlah dengan Allah. Yakinlah dengan Al Afuww.Yang Maha Mengampun dan menghapus segala dosa.
Tidak lupa sebagai seorang khalifah dan daie. Dalam bulan Ramadan ini, banyak perang yang telah mengambil alih. Perang Badar, Perang Ahzab dan banyak lagi. Bulan Ramadan ni sepatutnya menjadi bulan yang kita lebih lebih lagi berbuat Syahadatul Haq. Pesanan untuk diri sendiri. Rahib di malam hari, singa di siang hari.
Apa- apa pun. Untuk setiap detik dan saat kita hela sebagai abid dan khalifah yang sedang menanggung dosa kerana khalifah belum lagi tertegak, lagi lagilah kita memerlukan kepada keampunan Allah. Tiada langsung sebab untuk kita berpaling dan menyombongkan dari Dia yang Maha Esa.
Akhir kata, bagaimana Ramadan saya dan kita semua? Masih belum terlambat untuk memasang gear 5. Mungkin ini Ramadan terakhir saya. Semoga Allah menerima amalan kita semua. Amin.
"Wahai orang -orang yang beriman! Diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang sebelum kamu agar kamu bertaqwa."
(2:183)
-Dhiya Uddin
Comments
Post a Comment