" I'll tell God everything."- Rohingya !
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah Maha Penyayang.
Alhamdulillah atas segala nikmatmu Ya Allah. Tiada Tuhan yang layak disembah melainkan Allah. Segala puji-pujian hanya untukMu. Sampaikan selawat dan salamku kepada Rasulullah SAW yang dirindui dan para sahabat baginda.
Entri kali ini, lain sikit. Dulu aku tak pernah kisah pasal umat Islam. Tak pernah kisah pasal saudara seakidah aku. Aku duduk dalam dunia aku sahaja. Duduk dalam kepompong sendiri je. Tak peduli pun dekat umat sendiri, even jiran sebelah rumah pun. Hanya semangat bila ada isu yang panas dan sensasi sahaja. Isu Palestin, Syria, Afghanistan, Rohingya. Arhh.. Dulu mana kesah pasal semua ini. Sekarang pun..
Tapi hari ini, hati aku yang mati, yang rasa kering itu dihidupkan dengan kisah umat aku sendiri, saudaraku yang stranded dekat lautan tu selama dua bulan and starvation dekat dalam kapal tu ! Dan sampai minum air kencing sendiri untuk hidup. Allahu.
Ya Allah, kembalikanlah khalifah kepada kami. Hakikatnya kisah ini tak pernah berhenti. Dari aku lahir lagi. Dan apa aku buat untuk tolong umat ini? Apa? apa? apa? Aku akan disoal nanti. Astaghfirullah ya Allah. Oleh saudara sendiri sebab tak tolong mereka.
Kita ni dah diserang pemikiran. Dipisahkan melalui negara, (nasionalisme). Bukti, sukan olympic tu? semua ikut negara. Semua nak memenangkan negara masing- masing. Dan tahniah sebab kita dah berjaya dinasionalisme walhal semua umat Islam itu bersaudara atas akidahnya.
Suatu ketika, aku blur, aku tak tahu nak buat apa. tapi aku yakin dan pasti yang semua kekejaman ini akan berhenti apabila khalifah tertegak. Bila mana semuanya tunduk kepada yang Maha Esa. Oh Umar Al Khattab, mana jiwa orang sepertimu. Saudaramu disembelih, dibakar, dibunuh hidup- hidup. Yang wanitnya dirogol. Arhh. Aku yang menulis ni pun tak terdaya nak nyatakan satu satu ..Tiada lagi belas kasihan ke atas mereka. Mereka diperlakukan seperti anjing! lebih teruk lagi dari itu.
Dan untuk khalifah tertegak itu, aku perlu habis habisan untuk tegakkan Allah dalam hatiku dan dalam jiwa orang lain juga. Ya Allah, saksikanlah usaha kecil aku duduk duduk untuk tanamkan Kau dalam hatiku. Hati aku sudah terikat untuk Kau. Kaulah satu satunya yang berhak ke atas aku Ya Allah. Saksikanlah segala usaha aku dan akhawatku untuk memperbaiki diri untuk selamatkan diri kami di akhirat kelak.
Jika dahulu, aku fikir Iman dan Islam itu tidak perlu disebarkan pun. Cukup untuk diri sendiri sahaja. Aku beribadah sorang sorang dalam bilik menangis tersedu sedan mengenangkan dosa! Mengenangkan jahiliyah yang pekat itu. Cukup dengan solat lima waktu, puasa di bulan Ramadan, pergi haji. Cukup lah.
Tapi aku silap besar terhadap agamamu ini Ya Allah. Aku jahil. Rupa - rupanya jauh lebih besar tujuan untuk Kau ciptakan kami ini. Tujuan Kau ciptakan kami atas muka bumi ini adalah membawa semua orang kembali kepada Engkau, untuk semua orang membenarkan syahadahnya atas muka bumi ini dan meletakkan Engkau di tempat selayaknya di atas muka bumi ini. Allahu.
Ya Allah, walaupun aku tak pasti sistem khalifah akan tertegak atau tidak selama aku hidup tapi aku cuba untuk menjadi batu bata kepada Deen ini Ya Allah. Berikanlah kekuatan kepada kami Allah untuk terus berlari kepadaMu Ya Allah.
Sudahlah syeros untuk kau jadi seperti budak- budak, besarkan jiwa kau. Agama ini tak perlukan orang macam kau kalau kau persis budak- budak. Hanya buih buih di lautan. Jadilah seperti sahabat yang dah dijanjikan syurga. Kau boleh. Akhawat kau juga boleh ! Kemahuan atas kemampuan.
Nastaghfirullah, nastaghfirullah, nastaghfirullah.
P/s : Mungkin entri ini berbau sedikit emosi, tapi semoga ini menghidupkan banyak lagi hati untuk terus kuat dalam tarbiyah ini. Moga tulisan jadi saksi kelak..
Comments
Post a Comment