Rijal Rabbani
Di puncak sana kita kan capai bahagia,
Walau berliku rintangannya. :)
Bismillah.
Alhamdulillah ke hadrat ilahi. Segala puji pujian hanya untuk Allah yang Maha Esa. selawat dan salam keatas Rasulullah saw yang sangat dirindui dan kepada sahabat baginda.
Memetik kata-kata Muaz bin Jabal saat kematiannya.
"Ya Allah, sesungguhnya selama ini aku takut kepada-Mu, tetapi hari ini aku mengharapkan-Mu. Ya Allah, Engkau mengetahui bahwa aku tidaklah mencintai dunia demi untuk mengalirkan air sungai atau menanam kayu-kayuan, tetapi hanyalah untuk menutup haus di kala panas, dan menghadapi saat-saat yang gawat, serta untuk menambah ilmu pengetahuan, keimanan dan ketaatan."
Hai Muaz !
Alhamdulillah..seronok keluar jenjalan minggu ini..lalalala. Rijal Rabbani. Saya sangat menginginkannya. Rijal yang tidah lemah, tidak patah semangat dan tidak menyerah. Sesungguhnya Allah mencintai orang yang sabar. Dan kunci kepada semua ini ialah sabar.
Apa yang saya dapat dari jenjalan sehari yang penuh bermakna ini is sepanjang perjalanan itu Allah sentiasa menyucikan kami. Dari nak naik basnya, kelam kabut..hehe..tapi tidak mengapa kerana saya yakin itu adalah yang terbaik waktu itu. Tapi kita boleh improve lagi.
Tapi as a whole apa yang saya dapat dari jenjalan ini, is yakin dengan iman kawan kita, kerana mujahdah setiap orang itu pasti berbeza dan kita sangat perlu menyokong satu sama lain. Nampak praktikal waktu game itu. Ada kumpulan yang mujahadah sikit, ada yang mujahadah berat sikit.
Ada sesuatu yang lagi besar dari itu, saya dapat yang seharusnya saya menjadi rijal rabbani itu. Seseorang yang menjadikan semua kehidupannya tarbiyah oriented. Muslim yang syumul. ya! itu dia. Sebab saya sedar yang banyak lagi sahaja lompong - lompong saya dalam tarbiyah ini. kadang-kadang saya rasa yang saya ambil tarbiyah itu on dan off macam chipsmore hazelnut tu.
Tapi, dari jaulah ini, saya nak jadikan tarbiyah itu kehidupan saya. Saya yang memerlukan tarbiyah ini. Macam sahabat. Kalau tidak, saya akan mati. Mana satu prioriti. Dakwah dan tarbiyah itu lebih dahulu diutamakan. Sebab itu kena pandai susun waktu .Saya lagi nampak macam mana nak jadikan tujuan hidup itu sebagai yang utama. Cuma kena ada beberapa resolusi.
Itu sahaja.
- Dhiya Uddin
Comments
Post a Comment