Kebenaran yang membahagiakan jiwa
Bismillah.
Alhamdulillah segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam . Semestinya layak di sembah ,dipuja, dicintai tanpa kompromi. Selawat dan salam buat junjungan besar Nabi Muhammad saw yang sangat dirindui serta para sahabatnya.
Suatu ketika dahulu, aku pernah merasai what so called kebahagiaan. Kebahagiaan sementara yang aku rasa mampu menyenangkanku di kala aku susah. Kebahagiaan itu aku cari pada keluarga, pada study, pada kawan -kawan, pada guru pada wang, pada fesyen,pada mekap,kereta,pada boyfriend.
Ya, membahagiakan aku, tapi sekejap dan tidak secara kesuluruhannya.
Siapa sangka kebahagiaan yang dicari itu, rupa -rupanya di bumi India ini. Maha Suci Engkau Ya Allah. Datangnya aku dengan jiwa yang kosong tongderam. Sekali lagi ku isi dengan hawa nafsu kesukaanku. Basketball, sports, studyholic till one day. Fuhh.
Namun, takdir Tuhan itu yang terbaik. Suatu benda yang aku cari cari itu,rupa -rupanya ada di sini. Nangis. Sentuhan Al Wadood Allah sangat menyentuh hati dan sanubari ku. Mana mungkin aku lupa. Betapa Dia sangat mensyukuriku. Dan hakikatnya, aku malu dengan Dia. Tapi aku tak putus asa. Ada kelainan di hatiku yang belum pernah aku rasa.
Dan kelainan itu datang tanpa aku sedar.Tuhanku berlaku lembut kepadaku. Dia yang membimbing aku selama ini. Dia yang mencukupkan keperluan ku selama ini. Dia satu -satu
nya tempat aku curahkan segala isi hati. Ternyata aku lemah apabila, bersungkur di depan Nya namun Dia meminjamkanku satu kekuatan yang aku tak pernah dapat sebelum ini. Dan aku kuat dengan adanya Dia.
Satu demi satu ketakutan, kegugupan dalam jiwa ku hilang. Takut gagal, takut kecewa, takut tak dapat apa yang diingini, takut tak boleh move on,takut hantu, takut mati. Makin aku letakkan Dia di hatiku, semakin tiada kerisauan.
Ah . Apakah ini cinta? Aku rasa bebas. Tak terikat dengan siapa -siapa. I am owned only by Allah, then who can harmed me.Aku yakin segala apa yang ada di bumi ini dikawal oleh Allah. There is no worries.
Semakin lama,hatiku rasa tunduk dan aku tak tahu apa yang Allah campakkan dalam hati ini. Aku rasa rendah hati dengan makhluk ciptaannya. Pada orang sekeliling aku, aku hanya nampak kasih sayang. Rasa benci itu seolah -olah tiada. Apakah ini?Apakah? Aku tak mampu nak membenci sebab Allah sudah terlalu baik kepadaku. Ehsan Dia kepadaku yang mencampakkan kasih sayang Nya.
Ar Rahmannya Allah.Semakin aku kenal Allah,semakin aku jatuh cinta pada ayat -ayatnya. Itu sahaja source yang boleh buat Allah cakap dengan aku. Aku tak boleh nak berengggang dengan quran. Kalau dulu, setiap hari aku bawa g kelas sebab nak baca makna Dia. Aneh. Aku seorang yang sangat focus dalam kelas . Tapi my addiction towards Al Quran is more.more. Dan sekarang,kalau aku jauh dari Quran, aku tak boleh nak buat kerja lain. Mana mungkin aku teruskan kerja lain kalau aku letak Allah di akhir -akhir.
Tapi kini, yang pasti biiznillah, aku tak mahu berpaling ke belakang lagi .kebenaran tentang Allah ini benar benar sudah cukup untuk membahagiakan jiwaku.Dengan hakikat Allah tuhanku dan aku adalah hambaNya yang hina dina. Sudah terikat satu perjanjian antara aku dengan Dia sejak aku janin lagi.
" Alastu birabbikum? Qalu bala shahidna. "
Tiada siapa boleh meragut kebahagiaan ini jika pemilik hati ini sudah terbenam di dalam hati.
Ahh. Semoga kita semua mendapat kebahagiaan yang diinginkan. Amin.
Dhiya Uddin.
Comments
Post a Comment