Sesuci hati Ibrahim :)
Bismillah
Alhamdulillah. Segala puji pujian hanya untuk Allah. Selawat dan salam ke atas Rasulullah s.a.w dan sahabat yang dirindui. Semoga kita bertemu di syurga di bawah pokok yang ceri yang rendang di syurga nanti. Cewahh. Amin. Satu impianku yang sangat aku inginkan.
Ahh. Sudah lamanya tidak menulis. Tangan seperti tersekat-sekat. Idea kering. Sungguh, ilham itu benar-benar dari Allah. Entry kali ini, aku rasa ingin sekali menulis tentang satu sosok yang sangat aku kagum tahap infiniti. La haula wala quwwata illa billah,
Satu figur yang kau takkan temukan dimana-mana. Keyakinannya terhadap Allah sesuci kain putih, bahkan lebih, clear seclear clearnya. Amboi. Ujian dan pengorbanannya melebihi segalanya di bumi ini. Kerana itu sosok ini Allah ceritakan di dalam Al Quran. Siapakah gerangannya?
Ya, itulah dia Nabi Ibrahim a.s. Sang Khalilullah. seorang yang sangat bersangka baik dengan Tuhannya meski mehnah dan pengorbanannya yang sangat dasyat. Sehinggakan arsy Allah bergegar kerana malaikat bersujud saat Nabi ibrahim ingin menyembelih anaknya.
Nabi Ibrahim seorang yang sangat clear dengan Rabbnya, sehingga Allah mengangkatnya untuk memiliki hati yang sangat suci (baca:Qalbun Salim). Dan Ibrahim juga sangat inginkan orang lain juga suci hatinya dari segala sembahan yang lain, Apa buktinya?
" Ya Tuhan kami,utuslah di tengah tengah mereka seorang Rasul dari kalangan mereka sendiri, yang akan membacakan kepada mereka ayat-ayatmu, mengajarkan kitab dan hikmah kepada mereka, dan menyucikan mereka. Sungguh engkaulah yang Maha Perkasa Maha Bijaksana". (2:129)
Ha. Inilah ayat yang Nabi Ibrahim nakkan sangat hati kita disucikan dengan ayat Allah sampaikan dia berdoa kepada Allah. Dan, kerana sucinya hati Nabi Ibrahim ini, Allah reply doa dia. Doanya dimakbulkan dan berkekalan sampai kepada kita hari ini. Allahu Jom kita tengok. Dalam surah Jumuah ayat 2 dan 3.
"Dialah yang mengutus seorang Rasul kepada kaum yang buta huruf dari kalangan mereka sendiri, yang membacakan kepada mereka ayat-ayatnya, menyucikan jiwa mereka dan mengajarkan kepada mereka kitab dan hikmah, meskipun sebelumnya, mereka benar-benar dalam kesesatan yang nyata."
" dan juga kepada kaum yang lain dari mereka yang belum berhubungan dengan mereka. Dan Dialah yang Maha Perkasa Maha Bijaksana." (62;2-3)
Allah memakbulkan doa dia kot, tapi Allah lagi tahu hamba- hambanya. Allah reply dengan Dia mengutuskan seorang Rasul untuk tilawah, tazkiyah dan ta'lim. Kiranya cara yang nabi Ibrahim buat tu memang betul dan Allah betulkan sikit doanya yang menginginkan rasul untuk tilawah, ta'lim, dan tazkiyah.
Ayat ayat Allah yang dibacakan kepada kita ini memang sepatutnya menyucikan jiwa kita tidak kiralah orang yang menyampaikan atau mendengar. Dan Allah suruh Rasulullah mengajarkan kitab dan hikmah berulang ulang kali sampai orang itu boleh buat apa yang Al Quran mahukan. Dan ia adalah satu proses yang berulang- ulang, over and over again.
Dan aku yakin tiga proses penyucian ini hanya dapat dilakukan dengan proses tarbiyah iaitu proses penyucian yang berpanjangan sampai kita syahid. Inilah doa dari satu sosok tubuh yang memiliki Qalbun Salim yang juga meninginkan kita untuk dapat hati yang suci itu juga,
Betapa nabi Ibrahim meyakini hanya Allah yang patut disembah, dipuja, dicintai dan dirindui oleh setiap umat yang ada di atas muka bumi ini, meskipun dia dilahirkan dalam suasana yang bertentangan dengan keyakinannya iaitu penyembahan berhala oleh kaumnya dan ayahnya sendiri.
Tiada apa yang diinginkan oleh seorang hamba melainkan pulang kepada Allah dengan hati yang suci, Dan kitalah yang amat memerlukan tarbiyah ini untuk disucikan sebenarnya bukan untuk dibangga- banggakan. Mungkinlah kita didalam tarbiyah ini jauh lebih berdosa dari orang-orang di luar sana kerana itu kita berada di dalam tarbiyah ini. Namun,tujuannya hanya satu, untuk mensucikan hati kita dan hati orang di luar sana juga. Yang berada di dalam kesesatan yang nyata.
Dan tarbiyah tidak memerlukan kita pun sebenarnya. Noktah.
Nastaghfirullah Ya Allah, Nastaghfirullah Ya Rahman, Nasaghfirullah Ya Rahim. la ilahailla anta subhanaka inni kuntu mina dzalimin. la haula wala quwwata illa billah.
Semoga kami bertemu Engkau dengan Qalbun Salim ya Allah.

-Dhiya Uddin
Comments
Post a Comment