Mukhlisin
BISMILLAH
Alhamdulillah, segala puji-pujian bagi Allah atas segala nikmatnya yang tidak pernah berhenti ke atas makhlukNya,nikmat taufiq dan hidayahNya kepada hamba yang terpilih. Selawat dan salam ke atas Rasulullah s.a.w yang amat dirindui serta para sahabat baginda.
Smile.
Sebenarnya nak tidur dah ni, tapi ada sesuatu yang aku nak kongsi sebelum tidur. Apakah itu? Suspennya. Jeng.jeng..jeng. .. adalah mukhlisin. Orang yang ikhlas. Hanya yang benar benar mukhlis akan tinggal. Perh. Deep.
Tiada apa yang Allah jadikan sia -sia. Semua yang kita buat Allah suruh maknai. Maksudnya bila aku maksudkan yang aku ingin mukhlis, maka bersedialah dengan tapisan yang akan rancak dihadapan kelak. Ini bukan instinct tapi sirah dan sunnatullah.
Maka dengan itu,setiap yang berlaku dalam kehidupan seharian aku ini Allah tak jadikannya sia -sia. Apa - apa sahaja yang Allah sediakan untuk aku adalah apa yang aku pinta dalam doaku sebenarnya.
Aku ingin Allah kembalikan aku dengan cara yang disukainya. Mungkin cara yang aku paling tak suka itulah yang Allah suka. Jika aku minta untuk dikuatkan mungkin dia akan tolak aku ke dalam situasi yang aku tak boleh bear pun sampai aku betul betul mengharapkan Dia.
Aku doa supaya Allah bersihkan hati aku,mungkin Allah akan letak aku dalam keadaan yang aku penuh sangkaan (dzon) supaya aku hanya bergantung kepada dia sahaja untuk membersihkan hati aku.
Aku meminta supaya aku diberi jiwa yang besar,mungkin Allah akan letak kan aku dalam situasi yang aku rasa jiwa aku sangat sempit waktu itu supaya aku hanya meminta kepadaNya untuk diberi kan kelapangan hati.
"Rabbi shrahli sodri "
Arhh. Betapa Allah Maha Mengetahui hamba -hambaNya.
Hanya hati yang sensitif dan keterikatan yang kuat sahaja akan kembalikan semuanya kepadaNya kerana dia sangat yakin bahawa Allah telah menciptakan dan menyusun segala sesuatu.
Aku cuma menginginkan Dia redha kepada aku dan aku juga redha denganNya .
Kerana tapisan Allah itu sentiasa ada untuk memastikan yang hanya benar benar suci sahaja yang akan sampai kepadaNya. :)
-Dhiya Uddin
Comments
Post a Comment