Allah is my only hope :)
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani hamba- hambaNya. Selawat dan salam buat junjungan Rasulullah dan sahabat-sahabat yang bertungkus lumus bekerja sehingga akhirnya Islam itu dapat dirasai sehingga sekarang.
Semalam Salman ke Texas of Belgaum untuk meneruskan pencarian kebenarannya yang akan mengukuhkan lagi prinsipnya terhadap Allah, Al Quran dan As Sunnah. Walaupun hanya sempat revise taaruf Mukhlisin semalam, satu peristiwa yang tampak kecil tapi sangat besar telah berlaku kepadanya. Salman bersama Talhah, Ali, Bilal dan Abdullah meluncur laju ke Texas.
Taaruf Salman bersama Ali, Talhah, Bilal dan Abdullah hanya berlaku beberapa minit sebelum solat Maghrib disana. Taaruf Mukhlisin setelah tujuh bulan bersama, dan mereka rupa-rupanya sangat mengenali dan memerlukan satu sama lain dalam pembinaan batu bata ini (baca:IM) kerana soalan yang ditanya itu adalah sangat subjektif dan hanya akan dapat apabila bermuayasyah. Tak muayasyah tak dapat. Hehe.
Usai selesai Maghrib, mereka membawa diri untuk pulang.Masing- masing sudah ada motor sendiri sekarang. Zaman makin maju. Tidak perlu untuk berjalan kaki lagi dan seharusnya ini melajukan dakwah dan tarbiyah mereka. Gedebush* Tiba- tiba Talhah mencari kuncinya dan tidak berjumpa- jumpa.
" Saya tinggal dekat motor kot."- kata Talhah.
" Okeh, jom!" pelawa Salman.
Dalam perjalanan mereka dengan harapan yang tinggi menggunug itu, dengan Abdullah yang akan bagi KULSEMnya, dengan Salman yang nak jumpa adiknya. Tiba- tiba..
" Antunna, kunci motor tak adaaa!"- jerit Talhah.
Mereka mencari setungkus-lumus yang boleh. Malam makin menjengah, tikar sudah digulung, torch light sudah di switch on kan. Masing-masing bertungkus lumus mencari kunci scooty pept itu.
" Salman, cuba awak check dalam beg. Antunna semua pun cuba check?." Seru Talhah.
" Tak ada." serentak mereka berempat yang lain menjawab.
Hari semakin gelap, mereka hanya mampu call uncle M untuk minta pertolongan dan pertolongan yang dijanjikan sampai dalam lima belas minit. Sempat sahaja mereka menghabiskan mathurat petang dan star gazing bersama.
Dari kejauhan kelihatan satu motor dan auto sampai keada kami. Uncle M sampai dan menghidupkan scooty pept itu dengan master key dan bawa pulang untuk dibuat kunci pendua. Dala masa itu, Talhah telah share satu ayat yang terlintas di hatinya.
" Katakanlah Muhammad. Tidak akan menimpa kami melainkan apa yang telah ditetapkan Allah bagi kami. Dialah pelindung kami dan hanya kepada Allah bertawakallah orang-orang yang beriman." (9:51)
Mereka berlima duduk di bawah sinaran bulan dan bintang, malam yang sangat tenang walaupun insiden hilang kunci itu merupakan sesuatu yang sangat boleh membimbangkan hati-hati mereka. Tapi pada waktu itu, Ali, Abdullah, Talhah, dan bilal masing-masing tenang dan yakin bahawa, insiden itu adalah dari Allah. Salman sahaja yang gelabah sikit dan sibuk memikirkan hikmah semua ini. Biarpun kecil tapi mereka tidak akan mampu bergerak melainkan dengan Allah. Dan apa yang terjadi itu sudah ditetapkan oleh Allah.
" Saya rasa sangat kena ayat ni dengan situasi kita sekarang ini. betullah, kita takkan mungkin dapat melakukan sesuatu tanpa Allah. Padahal benda ni macam benda kecil je."-kata Talhah.
Mereka sangat bahagia dan hal itu sangat bermakna bagi mereka. Mungkin Allah nak menunjukkan Mukhlisin ini sangat perlu pada satu sama lain bukan sahaja dalam dakwah dan tarbiyahnya, tetapi apa- apa sahaj yang berlaku adalah concern untuk mereka lebih laju dakwah dan tarbiyah ini.
Di hujung tikar itu, Salman merenung kembali apakah hikmah di sebalik semua ini. Dia sangat merasakan yang Allah itu sangat memberikan kekuatan dan perlindungan terhadap orang-orang yang meletakkan harapan hanya padaNya. Dia merasakan betapa duduk bersama mereka yang beriman ini sangat menambahkan keteguhan hatinya. Tiba-tiba dia teringat ayat ini.
"Dan bersabarlah engkau (Muhammad) bersama orang yang menyeru Tuhannya pada pagi dan petang hari dengan mengharap keredhaanNya dan janganlah kedua matamu berpaling dari mereka (kerana) mengharapkan perhiasan kehidupan dunia dan janganlah engkau mengikuti orang yang hatinya telah kami lalaikan dari mengingat kami, serta menurut keinginannya dan keadaannya sudah melampaui batas." (18:28)
Salman merenung ayat itu kembali, renung dan terus renung. Ya, dia tenang bersama orang orang yang megharapkan keredhaanya.Bagaimana dia bisa bersabar dengan keadaan semalam. Tapi memandang kepada sahabat-sahabatnya yang lain membolehkan dia untuk yakin bahawa semua yang terjadi adalah hikmah dan hadiah dari Allah untuk meneguhkan lagi pendiriannya atas kebenaran ini.
Uncle M datang bersama rakannya. Mereka segera pulang ke rumah. Masing-masing membawa hala tujuan masing-masing. Salman sangat lapar dan dia singgah ke kedai makan dahulu. Sewaktu ingin membayar makanan tersebut, tiba-tiba dalam dia sibuk mencari duitnya, dia terjumpa satu kunci. Ya, itulah kunci Talhah !!! MasyaAllah, apakah ini??
- Dhiya Uddin
Comments
Post a Comment