Kaifa haluki ?

Bismillahirrahmanirrahim.
Kaifa haluki?

Alhamdulillah thumma Alhamdulillah. Segala puji pujian ke hadrat Allah swt atas segala limpah kurniaNya. Moga kita sentiasa berada di bawah lembayungNya kerana malaikat yang tidak putus putus memohon keampunan untuk hambanya yang berdosa ini. Allahumma fighrli Ya Allah. Tidak lupa juga selawat ke atas Rasulullah s.a.w yang sangat dirindui dan dikasihi serta sahabat sahabat baginda yang sudah membuktikan syahadah mereka. Senyum untuk mereka, tapi kita masih belum selesai lagi di bumi ini.

" Kaifa haluki "?

Bukan sekadar apa khabar kamu tetapi apa khabar hal mu? Iaitu perasaan dan iman. Cantik sangat bahasa Arab. Short and sweet. Lamakan tak tanya khabar iman. Penulisan kali ini lebih kepada ayat tadabbur aku pada suatu hari yang hening dalam kelas English dan sangat kena dengan jiwa aku saat itu dan betul betul buat aku faham sikit dengan jalan ini. Ni tadabbur aku tau.Baiklah. Ayatnya adalah surah al baqarah ayat 155 dan 156

" Dan Kami pasti akan menguji kamu dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa,dan buah buahan. Dan sampaikanlah khabar gembira kepada orang orang yang sabar." (2:155)

" (yaitu) orang- orang yang apabila ditimpa musibah, mereka berkata "innalillahi wainna ila hirajiun"(sesunggunya kami milik Allah dan kepadaNyalah kami kembali.) (2:156)

Ok.Disklemer lagi sekali yang ini apa yang aku tadabbur dari ayat ini. Lately ni, aku betul- betul rasa berat untuk buat tujuan hidup, rasa nak melekat dekat bumi, kering dan tak rasa semangat. Rasa nak tidur je padahal banyak lagi kerja yang tak setel. Entah. Semua jadi malas. Hamasah dah tiada. Betullah bila orang cakap jangan buat sebab semangat sebab sememangnya rasa itu akan hilang. Tapi buatlah dengan kefahaman.Kefahaman apa cik kak oi? Kefahaman Al Quran.

Bila kita dah start faham dan tahu sikit nature jalan Rasulullah ini, kita akan discover banyak benda bila relate dengan Al Quran dan sirah. Ayat yang aku tadabbur betul betul buat aku rasa, Oh, Allah suruh aku sabar. Cuba tengok ayat tu. Allah cakap Kami pasti meguji kamu. maksudnya, memang kita takkan terlepas dari ujian itu sebenarnya. Maksudnya kalau seseorang itu betul betul claim dia cintakan Allah, maka dia akan diuji. Ni satu kefahaman Al Quran yang Allah nak ajar dekat kita.

Lepas itu Allah cakap Dia akan menguji kita dengan sedikit , sedikit tau Allah mention. Allah macam nak bagi mind set yang ujian dekat dunia ini takde apa sangat la, sebab sedikit je Allah mention. Dalam skala manusia, kita memandang satu ujian itu suatu benda yang besar tapi Allah dah bagi mind set dah dalam Al Quran yang ujian dekat dunia ni sedikit sahaja. Baikkan Allah.

Dan, Allah sebutkan kita satu satu apa ujian yang Allah nak bagi dekat hamba - hamba Dia ini iaitu ketakutan, kelaparan , kekurangan harta dan jiwa dan buah - buahan, Dan apa yang menariknya, memang semua itu ujian yang kita hadapi sekarang. Maksudnya tak yah pelik pun ujian itu kalau kita betul betul beriman dengan Allah. It would not be a problem. Tapi waktu aku tadabbur tu, aku sangat terkesan part kekurangan jiwa.

Ye. kekurangan jiwa. Aku betul betul tak sedar pasal jiwa tu sampai condition aku yang rasa kering, malas, berat untuk buat tujuan hidup. Dan cuba teka. Sebenarnya kekurangan jiwa, rasa lemah, futur ke, hatta berat sekalipun, itu bukanlah benda yang luar biasa. It is normal. Normal untuk hamba yang dicintai Allah. Senyum. baik sangat Allah. Sangat tahu fitrah hamba Dia sampai pasal kita rasa futur dalam jalan ini pun Allah nak cakap.

Cuba tengok Allah sambung apa. Dan sampaikanlah khabar gembira kepada orang yang sabar. Lembut sangat Allah bagi solution kat kita. Sampaikan khabar gembira kot. Solusinya bersabarlah. Sabarlah sayangku. Kalau tak sabar dengan ujian ini macam mana kita nak sampai dekat Allah. Ayat 156 tu, betul betul nak suruh kita balik dekat Allah dengan segala ujian yang Allah uji. Bukan untuk menyeksa tapi sebab sayang.

Kalau dulu, kita sayang orang, boyfriend kita, girlfriend ke, mesti kita nak uji. Tak percaya kalau dia cakap " I love you" je. Allah apatah lagi,  untuk mengganjari seseorang dengan syurgaNya itu, takkanlah senang senang je boleh masuk tanpa ujian. Ni betul betul peringatan untuk aku yang lebat sangat cakap nak kefahaman Al Quran. Nah. Inilah masanya. bersabarlah dengan apa yang Allah sediakan untuk kita ! Tenang - tenanglah wahai hati kerana Allah bersama kamu.





- Dhiya Uddin


Comments

Popular posts from this blog

a letter from your helpless abid..

Expecting our first child

Di Sebalik At Tin