Aku nak Allah ! Tapi ...
Aku nak Allah ! Tapi ...
Bismillah
Di pagi Jumaat yang penuh barakah ini kan, aku rasa satu perasaan membuak- buak dari semalam dah tahan nak share pasal surah Taha. Ada sesiapa tahu kenapa aku nak share. Mestilah tak kan.
ط ه .Satu surah yang telah melembutkan hati Saidina Umar Al Khattab yang keras tahap apa dah pada waktu jahiliyahnnya. Satu surah yang membuatkan sahabat ini yakin yang tiada siapa yang harus disembah selain Dia. Perhh. Ini epik. Ironinya, hati kita yang sememangnya yang dah lembut sikit pada Umar pun, tak boleh lagi nak menyembah Allah yang sepenuhnya. Ok , part ni saya terasa.
Baik. Al- Quran Tidak membuat susah.
" Thaahaa. Kami tidak menurunkan Al Quran ini kepadamu agar kamu menjadi susah." ( Thaha: 1-2)
" (yaitu) Yang Maha Pengasih yang bersemayam di atas arasy." (thaha:5)
Maksudnya, agama Allah ini datang tidak menyusahkan manusia. Islam adalah manhaj yang hantar pada kebahagiaan. Tidak ada kesusahan bersama Islam, dalam kondisi apa pun dan kesulitan apa pun yang dihadapi pemeluknya. Justeru kesusahan dan kesengsaraan itu akan didapat oleh orang yang tidak mengikuti jalan Allah swt.
Manusia yang banyak mengambil manfaat dari misi surah ini adalah para pemuda yang jauh dari agama, atau orang orang yang ingin komitmen pada agama tapi khawatir kalau komitmen dengan manhaj Allah ini, dapat menghalangi mereka mendapatkan kebahagiaan, mengantar mereka pada pelbagai kesulitan dan menjauhkan mereka dari berbagai kenikmatan dunia atau kesenangan hiburan.
Pemahaman seperti itu tidak benar. Kerana itulah, surat ini hadir untuk menegaskan bahawa Islam adalah manhaj kebahagiaan. Sementara itu, siapa yang menyimpang dari manhaj Islam akan menemui kesusahan hidup di dunia dan di akhirat.
(Khowathir Quraniyah)
Allah berfirman yang Al Quran ini bukan datang untuk menyusahkan manusia. Tapi cuba tengok apa yang Rasulullah hadapi. Literally, kita nampak susah. Kena ketuk pintu rumah satu satu untuk sampaikan Islam. Kena caci maki, kena maki hamun, kena baling batu sampai berkocak darah Nabi. Allahu. Nampak berat kan.
Kalau kita tengok sahabat kan, contohnya Bilal. Perh. Kena hempap batu. Kena seksa dengan tuan dia. Khabab. kena panggang !Tapi tapi tapi.. apa hasilnya kan?
Surah ini sebenarnya Allah nak bagi mind set yang agama ini tidak susah. Contoh, macam aku yang sedang ambik medik sekarang ni. Kalau aku dah ada mind set yang medic ni susah, akan jadi susah lah dia walaupun hakikatnya memang susah pun. Adoi. terbelit lidah.
Mind set yang Allah nak suruh kita ada is keimanan kepada Allah. Cuba tengok ayat 5. Allah mention nama Dia Al Rahman di awal ayat. Biasa kita akan jumpa nama Allah di akhir ayat. Epik kan. Takkan lah kita yang beriman dengan Ar Rahman Allah ini, merasakan semua ini kesusahan. Tidak. Allah dengan penuh kelembutan, provide nama Dia Ar Rahman. The most Merciful.
Cuba tengok potongan dari khowatir quraniyah ( lintasan quran).Surah ini turun untuk pemuda yang nakkan Allah tapi dia bimbang akan kehilangan kesenangan bila masuk jalan ini. wahhh. Betapa Allah tahu kita ni macam mana rupanya, Allah provide surah ini as a solution. Memang betul pun, banyak orang akan question.
" Akak, nanti benda ni akan kacau saya study"
" Akak, usrah ini ambik masa hujung minggu saya lah nak berjimba"
" Akak, hmm saya penatlah"
Okeh. Cukuplah dialog di atas. Betulkan apa yang aku cakap. Sebab aku pun pernah macam tu. Banyak kebimbangan yang kita sayang nak lepaskan. Tapi Al Quran ni bagitahu kita bahawa, kenikmatan sebenar itu adalah keimanan bukan materialisme. cewahh.
Ye, seribu kali ye, kita dah didoktrinkan yang kesenangan hakiki sampai mati adalah benda benda yang materi. (rumah, duit, kereta, beg prada, vincci, perfum de amor) apa apa jelah tapi kita yang dah jauh seribu batu dari quran ni which is sepatutnya kita pegang ketat ketat sampai mati, Allah cakap kenikmatan yang sebenar itu adalah KEIMANAN . KEMBALI KEPADA AL QURAN.
Fuhh
Al Quran ini akan buat kau bebas jiwa, raga dan pemikiran. Tak caya try lah. Jom join usrah. (cehh,promote) tapi memang betul pun. Macam mana Rasulullah membina tarbiyah dalam diri sahabat melalui quran. Macam tu jugak kita. Kita cuba nak tegakkan kembali Al Quran dan Islam dalam diri kita.
Wehh.. lambat dah nak g kelas!
Ok. last.. Apa apa pun, kita hidup dah tak lama dah. Ini ingatan buat aku juga yang selalu lupa. Tapi yakinlah yang AL Quran ini tidak mensusahkan kita pun. Tapi membebaskan kita dari dunia yang hina ini. Al Quran dan iman membuatkan sahabat sahabat dari manusia tanah menjadi manusia langit.
Ok. Lima minit lagi.
Buatlah sikit demi sikit. Carilah kefahaman Al Quran. Bergeraklah dengan cara yang Rasulullah buat ( if u know what i mean).
Ok. 0 minit.
Aseef sebarang kesilapan. Ilham semuanya dari Allah. Selamat beramal untuk aku dan kamu.
Stay tuned dalam tarbiyah ye sahabat. :)
Assalamualaikum.
-dhiya uddin-
Comments
Post a Comment