Expecting our first child
Alhamdulillah Ya Rabb for another blessing. Masa awal-awal kahwin, Aku dan suami still having discussions to plan or not because being pregnant while houseman is not a good choice. But, I've observed many people surviving ho with pregnancy, biiznillah, lots of discussion, I ajak kawan borak-borak, somehow I got the feeling, why I really want to merancang. Tujuan pernikahan adalah untuk ada zuriat, but somehow I need to prepare well for motherhood, mentally, physically, knowledge, ikhlas. And alhamdulillah, blessed with double line on my 3rd month of wedding. Dalam hati memang berharap untuk double line. Sekarang dah Masuk Minggu ke 30 kehamilan. So fast, tinggal dalam dua bulan lebih lagi. Tiba - tiba datang banyak pula perasaan tak bersedia. Parenting, Dan paling penting tarbiyah dan dakwah. My aim is how to make my small family fit the purpose of life. Sebenarnya I'm a bit down Bila duduk jauh dari akhawat. And akhawat makin laju dalam dakwah. So, I feel demotivated somehow. Rasa macam ditinggalkan pun ada, but I tried very best to participate and accommodate on dakwah. I want to be someone special in eyes of Allah.
My time sebenarnya tak banyak.. Ada tuntutan dakwah, tarbiyah, tarbiyatul aulad. Aaa, rasa macam banyak sangat benda, tapi Aku pun terlalu overwhelmed sampai rasa tak ada apa-apa achievement. My little caliph I side my tummy, how lah, I want to bring her up. Moga ada barakah dalam hidup saya ya Rabb.
OK, saja Aku Google amalan IBU mengandung..
Melazimkan diri membaca Al-Quran
Melazimi baca buku ilmiah seperti Kisah Para Nabi, Kisah Para Sahabat dan lain-lain
Menjaga adab dan emosi terhadap suami dan isteri
Makan makanan yang baik, pastikan makanan dan bahan-bahan adalah yang halal dan dari sumber pendapatan yang halal
Jauhi daripada sifat dendam dan dengki
Rajin menguntumkan senyuman
Sering berbual-bual dengan anak yang berada dalam kandungan
Banyakkan berdoa kepada Allah swt
Rajin berpuasa sunat (digalakkan suami & isteri berpuasa sunat, seperti Isnin dan Khamis)
Lakukan kerja-kerja ringan di rumah sebagai senaman untuk memudahkan proses kelahiran
Tidak terlalu tertekan atau stress
Banyakkan bertaubat dan beristighfar kepada Allah swt
Rajin solat wajib di awal waktu dan perbanyakkan solat sunat seperti solat dhuha dan tahajjud
Kerap membasahi lidah dengan berzikir
Rajin menghadiri majlis-majlis ilmu kerana ia umpama taman taman syurga...
See, kalau IBU x start dulu mcm mana nak lahirkan anak yang kuat jiwa dan islam. Nak membesarkan another jiwa untuk islam. Jelas matlamat ini Syahiirah.
Xoxo
29 weeks 6 days.
Comments
Post a Comment