Posts

Showing posts from May, 2015

Kebenaran yang membahagiakan jiwa

Image
Bismillah.     Alhamdulillah  segala  puji  bagi  Allah, Tuhan  semesta  alam . Semestinya layak di sembah ,dipuja, dicintai  tanpa  kompromi. Selawat  dan salam  buat  junjungan  besar  Nabi Muhammad  saw  yang  sangat  dirindui serta  para  sahabatnya.     Suatu  ketika  dahulu, aku  pernah  merasai  what  so called  kebahagiaan.  Kebahagiaan  sementara  yang  aku  rasa mampu menyenangkanku di  kala  aku  susah. Kebahagiaan  itu  aku  cari  pada  keluarga, pada study, pada kawan -kawan, pada guru  pada  wang, pada fesyen,pada mekap,kereta,pada  boyfriend. Ya, membahagiakan aku, tapi  sekejap  dan tidak  secara  kesuluruhannya. Siapa  sangka  kebahagiaan  yang  dicari itu, rupa -rupanya  di bumi India...

Rijal Rabbani

Di puncak sana kita kan capai bahagia, Walau berliku rintangannya. :) Bismillah.   Alhamdulillah ke hadrat ilahi. Segala puji pujian hanya untuk Allah yang Maha Esa. selawat dan salam keatas Rasulullah saw yang sangat dirindui dan kepada sahabat baginda.  Memetik kata-kata Muaz bin Jabal saat kematiannya.   " Ya Allah, sesungguhnya selama ini aku takut kepada-Mu, tetapi hari ini aku mengharapkan-Mu. Ya Allah, Engkau mengetahui bahwa aku tidaklah mencintai dunia demi untuk mengalirkan air sungai atau menanam kayu-kayuan, tetapi hanyalah untuk menutup haus di kala panas, dan menghadapi saat-saat yang gawat, serta untuk menambah ilmu pengetahuan, keimanan dan ketaatan." Hai Muaz !    Alhamdulillah..seronok keluar jenjalan minggu ini..lalalala. Rijal Rabbani. Saya sangat menginginkannya. Rijal yang tidah lemah, tidak patah semangat dan tidak menyerah. Sesungguhnya Allah mencintai orang yang sabar. Dan kunci kepada semua ini ialah sabar.  Apa ...

" I'll tell God everything."- Rohingya !

Image
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah Maha Penyayang.      Alhamdulillah atas segala nikmatmu Ya Allah. Tiada Tuhan yang layak disembah melainkan Allah. Segala puji-pujian hanya untukMu. Sampaikan selawat dan salamku kepada Rasulullah SAW yang dirindui dan para sahabat baginda.    Entri kali ini, lain sikit. Dulu aku tak pernah kisah pasal umat Islam. Tak pernah kisah pasal saudara  seakidah aku. Aku duduk dalam dunia aku sahaja. Duduk dalam kepompong sendiri je. Tak peduli pun dekat umat sendiri, even jiran sebelah rumah pun. Hanya semangat bila ada isu yang panas dan sensasi sahaja. Isu Palestin, Syria, Afghanistan, Rohingya. Arhh.. Dulu mana kesah pasal semua ini. Sekarang pun..   Tapi hari ini, hati aku yang mati, yang rasa kering itu dihidupkan dengan kisah umat aku sendiri, saudaraku yang stranded dekat lautan tu selama dua bulan and starvation dekat dalam kapal tu ! Dan sampai minum air kencing sendiri untuk hidup. Allahu.  ...

Buat kamu yang aku sayang kerana Allah :)

Image
Bismillah "dan Dia(Allah) yang mempersatukan hati mereka( orang yang beriman).Walaupun kamu menginfakkan semua (kekayaan) yang berada di bumi, niscaya kamu tidak dapat mempersatukan hati mereka. Sungguh, Dia Maha perkasa Mahabijaksana." (8:63) 14 Mei 2015 Buat kamu,    Genap dah awak 21 tahun, yeay ! walaupun usia perkenalan kita yang baru nak cecah dua tahun tapi saya rasa macam dah lama kenal awak. Magik kan. Dah lah saya datang lambat, budak mesir transfer. Tak kenal siapa siapa pun. Awak pulak style style hot stuff gtuh Hehe.    Saya tak ingat macam mana saya kenal awak mula mula. Cuma yang pasti awak macam ada kembar dekat sini. Series tak ingat. Tapi saya nak cakap dekat awak satu perkara yang awak adalah salah satu bukti ukhwah fillah buat saya. Senyum.   Tahu tak sebab apa ? sebab saya kenal awak yang betul betul dalam tarbiyah ini. Dan betullah macam ayat dekat atas tu. Hanya Allah yang mampu menyatukan hati orang yang beriman. Kita terika...

Mukhlisin

BISMILLAH   Alhamdulillah, segala puji-pujian bagi Allah  atas segala nikmatnya  yang  tidak pernah  berhenti ke atas makhlukNya,nikmat  taufiq  dan hidayahNya kepada hamba yang  terpilih. Selawat  dan salam  ke atas  Rasulullah  s.a.w  yang  amat  dirindui serta para sahabat  baginda. Smile.   Sebenarnya  nak tidur  dah ni, tapi  ada  sesuatu yang  aku  nak kongsi  sebelum  tidur. Apakah  itu? Suspennya. Jeng.jeng..jeng. .. adalah  mukhlisin. Orang yang ikhlas. Hanya yang  benar  benar  mukhlis  akan tinggal. Perh. Deep.   Tiada  apa yang Allah  jadikan sia -sia. Semua  yang kita buat Allah  suruh maknai. Maksudnya  bila  aku maksudkan  yang  aku ingin  mukhlis, maka  bersedialah  dengan  tapisan  yang  akan  rancak  dihadapan  kelak. Ini bu...

Sesuci hati Ibrahim :)

Image
Bismillah       Alhamdulillah. Segala puji pujian hanya untuk Allah. Selawat dan salam ke atas Rasulullah s.a.w dan sahabat yang dirindui. Semoga kita bertemu di syurga di bawah pokok yang ceri yang rendang di syurga nanti. Cewahh. Amin. Satu impianku yang sangat aku inginkan.      Ahh. Sudah lamanya tidak menulis. Tangan seperti tersekat-sekat. Idea kering. Sungguh, ilham itu benar-benar dari Allah. Entry kali ini, aku rasa ingin sekali menulis tentang satu sosok yang sangat aku kagum tahap infiniti. La haula wala quwwata illa billah,     Satu figur yang kau takkan temukan dimana-mana. Keyakinannya terhadap Allah sesuci kain putih, bahkan lebih, clear seclear clearnya. Amboi. Ujian dan pengorbanannya melebihi segalanya di bumi ini. Kerana itu sosok ini Allah ceritakan di dalam Al Quran. Siapakah gerangannya?   Ya, itulah dia Nabi Ibrahim a.s. Sang Khalilullah. seorang yang sangat bersangka baik dengan Tuhannya meski mehnah dan pengo...