TRAVELOG MUNTALAQ PART 2

Bismilahirrahmanirrahim

Assalamualaikum w.b.t

Alhamdulillah, alhamdulillah, Allah masih lagi memberikan kita nafas untuk berlindung di bawah rahmatNya. tanpa Ar Rahman, tiadalah kita di muka bumi ni.

InsyaAllah, sebelum aku mulakan tulisan ni, aku nak kongsi satu tadabbur peristiwa aku hari ni. Tengah hari tadi, aku pergi makan MOMO's ( baca:Chinese food) cewahhh ! waktu tu aku pergi makan dalam pukul 3 dah. Almost closed, tapi masuk je sebab pintu bukak.
bila duduk je, aku  tgk dapur dia kosong, pastu datang lah orang untuk ambil pesanan, muka unfamiliar.. order je lah. biasanya ada waiter or boss dia amik order.  After order, aku nampak orang yang ambik order tadi duk memotong memotong bahan untuk dimasak. Chef sendiri yg amik order :D

Terus teringat kisah dua orang sahabat ni,  Mus'ab bin Umair dan Abdullah ibnu Makhtum.  Rasulullah hantar Musab ke Madinah untuk buka kota madinah, Mus'ab kan handsome, kaya, digilai wanita pada zaman dia, dan Mus'ab ni guna segala logam (baca:kelebihan) yang dia ada untuk menarik pembesar madinah waktu zaman itu untuk memeluk Islam. 

Surprisingly, Abdullah ibn Makhtum yang buta, yang Allah turunkan satu surah tentang dia, surah abasa, yang sebelah mata pun mungkin orang tak pandang kot nak dibandingkan dengan musab, tapi.. tapi.. cuba teka dia buat apa? ha.. ha.. Dia ni lah sahabt yang berikan kefahaman Islam dekat  3 orang pembesar madinah ni sampaikan pembesar madinah ni faham tentang Islam dan sebarkan dekat penduduk madinah sehinggakan mereka menjadi ansar yang rela menawarkan isteri kepada muhjairin. Betapa clearnya kefahaman Islam tu kan.

Nak cakapnya, mungkin di mata manusia ni kita tak hebat, tapi Islam tak pandang semua tu. Teringat chef tadi, kalau ada waiter je dengan bos, tapi takde chef, makanan takan sampai. Sebab chef masaklah, makanan yang sedap boleh dihasilkan dan sampai dekat orang lain. :D

Ibrahnya, Allah ciptakan manusia banyak kelebihan, dan semuanya itu adalah untuk membawa kita kepada matlamat yang satu. 

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
# sambung travelog part 2

Hari kedua aku dekat jaulah kali ni, tugasan makin mencabar, ada EXPLORACE. Woah, aku cuba relate dengan apa yang dah dapat waktu hari pertama tu. So, aku dah ada mind set yang explorace ni adalah untuk menyampaikan SH dekat tempe tempe( baca: penduduk tempatan).

bismillah

Check point 1 # bowling centre

Haa.. tugasan waktu ni is main boling. Bila akak tu suruh main, aku ni banyak fikir sikit, cakap dekat akak tu yang kenapa kena main boling sedangkan umat tengah tenat. Bila akak tu tanya kenapa tak nak main, kami cakap lah yang buang masa, tak bermanfaat. lepas tu kami tak nak buat. beberapa ketika akak tu cakap, boleh ke nak sampaikan kefahaman tapi masih banyak ilah dalam hati?

Akak tu share cerita tentang nabi musa dan nabi khidir. which is, kalau kami yang banyak tanya ni, tak buat tugasan ni, kami hanya  akan stuck  sampai check point ni sahaja.lepas tu, kami main je lah.. Aku cuba untuk relatekan apa ibrah yang boleh dapat dari game boling ni.

Pin boling: Ni semua ilah ilah aku yang masih bersarang dalam hati tu.
Bola         : mujahadah 
Aku          : Berusaha untuk membuang ilah itu

Waktu main tu kan, aku berusaha untuk aim untuk jatuhkan semua pin tu, sebab aku rasa aku boleh, bola tu kan, signifikannya adalah segala mujahadah aku untuk membuang ilah ilah tu.. tapi kan bila buat dengan usaha sendiri, tak semua pun pin tu jatuh, dan aku mengaku, untuk membuang semua ilah dalam hati itu, sangat memerlukan Allah. 

Nanges.

Check point 2 #spar (shopping makanan)

Haa.. tugasan kedua ni kena beli makanan untuk bekal perjalanan. I kenot brain kenapa boleh lagi berlengah nak pergi stop beli makanan padahal umat tengah sakit. Rebel. aku memang tiada mood untuk shopping makanan. Memang tak terfikir pun nak beli apa apa. ada akak yang ikut kami ni, asyik cranky minta tu minta ni.. huhhu..sabar ..sabar.. tapi tak boleh escape task ni. So , buat sahaja. Aku penat lah duk fikir apa ibrahnya ni.

Check point 3 # hafaz hadis niat dalam masa 5 minit depan church.

oo, task ni meredakan sikit segala kekusutan.. hafal hadis niat, ada peluang untuk aku betulkan niat untuk buat semua ni sebab Allah. Legakan bila cakap pasal Allah. bila cakap dalam masa lima minit kenal hafal? sudahh!.. tapi semua orang mampu je. Ibrahnya, sebelum kita berhadapan dengan tempe tempe atau non muslim, atau nak berbuat sesuatu yang lagi besar tu kan, niat tu yang paling penting.

Sebenarnya dalam explorace ni, kami semua tak tahu ada berapa check point yang ada.so, memang ternanti nanti di manakah pengakhirannya. Macam Salman Al Farisi kan?

Check point 4 # Sultan battery (baru sampai tugas yang macam dalam mind set)

Ok, waktu ni, kami semua kena bertanya dekat tempe tempe yang ada ni tentang Islam. Masa ni, aku tak sabar nak buat task ni, sebab aku nak tahu sangat apa reaksi orang lain tentang Islam dan ternyata sangat ada yang tahu Islam, tapi hanya tahu yang ,

"Oh they pray five times a day."
"They do the Friday prayer in garga(baca: masjid)"
"They wear hijab"
"there is no difference between all religion"

Ok, point terakhir tu memang menarik. Semua agama memang sama which is mengesakan Allah itu, tapi tak ramai yang beramal dengan risalah tu.

so, aku okay je dengan check point ni, tapi ada je akhawat aku yang rasa tak boleh pun nak approach orang, benda ni ambil masa untuk dia, tapi Alhamdulillah dia buat jugak. :D

Check point 5# bina UA dengan pasir pantai dan syarat dia adalah kena mengorbankan satu ahli kumpulan dan akulah orang itu.

Baik, tugasan last ni aku tak dapat sangat ibrah dia, tapi aku nak dikorbankan sebab aku penat. Terukkan. tapi syarat dia kena ada yang dikorbankan baru boleh bina UA. Aku dah tak nak question banyak kali kenapa kena buat. So , aku buka hati je.

Tapikan, sakit tau bila dah tak boleh nak buat apa apa untuk bina UA tu. Aku tereflect, kalaulah aku mati dalam keadaan yang aku tak struggle pun untuk mencapai UA itu.. menyesal kemudian sungguh tidak berguna.

Take home message :

Apa yang aku rasa dalam game ni kan, memang aku rasa tak best bila kena suruh buat tugasan 1 dan 2 tu, rasa macam tak membantu apa apa untuk selamatkan ummah ni. Dan lain sangat bila kita berkata- kata dengan berbuat, waktu explorace tu, memnag kena banyak sabar sebab berada dalam surrounding yang bukan biah solehah. Tapi semua tugasan tu is apa yang aku buat dalam kehidupan seharian, dulu suka main boling, suka shopping barang sampai lupa banyak benda, dan benda tu sebenarnya melambatkan tarbiyah aku sendiri dan lagi malang, dakwah ni. Dalam jaulah, mungkin bersemangat, tapi memang tu realiti yang kita hadapi.

Segala yang melambatkan tarbiyah aku, sepatutnya aku kena kenal pasti, sebab kalau tak Islam akan lambat untuk naik.

Alhamdulillah.

Ya Allah, saksikanlah ! 

Sebelum aku tutup tulisan aku ni, izinkan aku untuk share beberapa ayat ayat cinta dari Allah.

" Berangkatlah kamu dengan rasa ringan mahupun rasa berat, dan berjihadlah dengan harta dan jiwamu di jalan Allah. Yang demikian itu adalah lebih baik bagimu jika kamu mengetahui." 
( 9:41)

" Sekiranya (yang kamu serukan kepada mereka) ada keuntungan yang mudah diperoleh dan perjalanan yang tidak seberapa jauh, niscaya mereka mengikutimu, tetapi tempat yang dituju itu terasa sangat jauh dari mereka. Mereka akan bersumpah dengan dengan 
(nama )Allah,"Jikalau kami sanggup niscaya kami berangkat bersamamu."Mereka membinasakan diri  sendiri dan Allah mengetahui mereka benar- benar orang yang berdusta.(9:42)

"Dan sekiranya mereka benar - benar redha dengan apa yang diberikan kepada mereka oleh Allah dan Rasulnya dan berkata"Cukuplah Allah bagi kami, Allah dan Rasulnya akan memberikan kepada kami sebahagian dai karunianya.Sesungguhnya kami orang orang yang berharap kepada keridaan Allah(9:59)

HasbunaAllah, cukuplah Allah je yang menguatkan di jalan ini.










Comments

Popular posts from this blog

a letter from your helpless abid..

Expecting our first child

Di Sebalik At Tin