Penangan Al Wadood mungkin ?
Bismillah.
" Dan mohonlah ampunan kepada Tuhanmu, kemudian bertaubatlah kepadaNya, Sungguh Tuhanku Maha Penyayang, Maha Pengasih." (11:90)
Aku kadang - kadang tak boleh otak (baca:brain) kenapa Allah ni baik sangat? Buat jahat tapi Dia setia je menunggu aku ni untuk kembali. Buat baik lagilah Dia nak tunjuk kasih sayang Dia tu. Entah part mana Dia tak sayang. Tapi sitting kali ni buat aku teringat balik macam mana Al Wadud ni boleh buat aku nangis, macam mana Al Wadud ni boleh buat aku rasa jatuh cinta dekat si pemilik hati ni., macam mana Al Wadud ni buat aku rasa macam nak balik je dekat Dia. Masa mula mula kenal Allah tu, aku sangat basah dengan Al Wadud ni. Orang tanya nama Allah mana yang awak paling suka?
" Al - Wadood !" " Al - Wadood!"
Tik..tok..tik..tok.. wal asr! masa berjalan. Lama - lama aku tak rasa basah sangat macam mula mula kenal Allah. Sampai aku pun kenot bren kenapa. Aku yang salah ke. Mula lah rasa tak senang duduk.
" Aku dah takde hati ke?"
" Apesal budak ni rasa sangat Allah nih!'
" What's wrong with me?" erk..
Tapi tak setiap masa orang nak bagi kita hadiah kayy?? walaupun orang tu orang kaya. Walaupun orang tu bestfriend kita. Sebab nanti kita ni tahu menerima je. Tapi tak tahu nak memberi.
Ouch.
Aku lama dok pikir tau kenapa. Kenapa rasa waktu tu je. Tapi sitting hari ni, menjawab segala keluh kesah aku. Kalau aku selalu boleh rasa high dengan nama Allah Al Wadood tu, macam mana aku nak hargai value Al Wadood itu sendiri. Macam mana nak tahu rasa hilang haus kalau tak haus?
But, Allah memang sentiasa Al Wadood okaay! cuma dari side kita la.Macam mana Al Wadood tu buat kita lagi nak bersegera dekat Dia. Kadang- kadang Allah hanya ingin menguji ketaatan itu dengan menarik segala rasa rasa yang buat kita high dengan Allah. Sebab Allah tak nak hamba kesayangan Dia ni menyembah rasa tu selain dari menyembah Dia.
Menarik kan? Hebat sangat Allah, sampai macam tu sekali nak menyucikan kita. Tapi kita dok layan rasa rasa tak best kita tu lebih dari kita layan ketaatan kita kepada Allah. Kalau lah Bilal, Khabab, Sumayyah layan penyeksaan mereka yang sangat berat tu kan, tanpa keimanan haruslah mereka menyerah je. Tapi mereka kenal siapa Tuan dan Tuhan mereka sebenar sehingga keimanan mereka membuktikan ketaatan mereka kepada Allah.
Tisu mana tisu?
Kalau dulu, aku memang disentuh dengan Al Wadood itu, dan setelah sekian lama menanti dengan penuh penantian kan, sekarang ni roh Al Wadood tu betul betul Allah pinjamkan dan tunjukkan lagi sekali dekat aku yang memang betul betul dahagakan cinta Dia tu. Aku series dah lama tak rasa macam ni. Pelik sangat. Tapi Allah lagi Maha Mengetahui.
Cuma satu yang aku pasti, Allah ni TAK PERNAH menyiakan iman aku, doa aku, rengekan aku. Dan yakin Dia ada je dengan aku. Dan sebenarnya aku tahu yang Dia tahu sekarang ni aku tak rasa Dia macam mula mula dulu dan Dia nak tengok, aku ni masih nak berbuat atau tak.
Oh Al Wadood.
Sejak aku start series nak kenal Allah ni kan, Allah ada bagi satu rasa yang kau takkan dapat pun kalau kau tak join tarbiyah. Rupanya Allah tanamkan kasih sayang tu dalam diri aku. Makin lama aku makin sayang orang sekeliling aku, aku makin sayang dengan akhawat aku walaupun tak selalu BBT( borak borak tarbiyah). Tapi mungkin rasa kasih sayang dari Al Wadood tu sendiri kot, sampaikan tak boleh nak benci orang.
Cuma satu aku minta, aku tak tahu jalan kedepan kedepan ni macam mana. Walhal esok hari aku tak tahu pun macam mana. Hari ni boleh cakap pasal Allah kan. Esok belum tentu. Cumanyakan kalaulah aku terkeluar dari jalan ni kan, Nauzubillahiminzalik. Moga Allah kuatkan hati aku untuk ingat yang aku kenal Allah ni kerana Al Wadood Nya Allah. Cinta Dia yang tak pernah berbahagi. Cinta yang suci. Cinta yang betul betul ditunjukkan dengan perbuatan. Selalu menerima aku walaupun banyak kali aku buat u turn. Tapi Dia tetap menanti dan akulah yang menjauh tu.
Nikmat mana lagikan yang aku nak dustakan?
Allahu.
Comments
Post a Comment