Dalam 40 tahun lagi ?

Bismillah

" Sungguh, orang orang yang beriman dan mengerjakan kebajikan, kelak(Allah) Yang Maha Pengasih akan menanamkan rasa kasih sayang(dalam hati mereka)." (19:96)

Eh, nak sambut birthday sendiri ke kak ros? hehe. Poyo.

17..18..19..20..21 :)

Alhamdulillah alhamdulillah atas pinjaman Al Wadud ini, yang sekarang ini aku masih bernafas, masih diberi peluang untuk menulis ini atas al Wadud nya Pemilik hati ini. Segalanya ilham dari Allah. Aku hanya diberi kekuatan untuk menaip keyboard ni. 

24.2.2015.

 Genap 21 tahun aku di sini. Allah masih tidak menjemput lagi kerana ada banyak lagi dosa dosa yang perlu disucikan. Tiada apa yang lebih bermakna pada hari ini, selain kasih sayang yang Allah dah kurniakan. Kurniaannya dalam bentuk kasih sayang juga. keluarga dan kawan -kawan adalah salah satu kasih sayangNya juga. Makna hari ni juga sangat lain. Tidak seperti dulu. Perasaannya lain. Perasaan ni buat aku lagi sayang, lagi ingin mengejar pemilik hati ini.

Dalam 40 tahun lagi, mungkin aku berjumpa denganNya. Mungkin awal lagi. Atau mungkin lambat sikit. Tapi, sebelum berjumpa dengan Maha Pengasih ini, tugasku di dunia masih belum selesai. Moga hari ini menjadi titik tolak yang baru untuk menjadi abid dan khalifah yang sebenarnya. Semoga aku terus diberi kekuatan oleh Al Qawwiy untuk terus melangkah.
Selagi Dia bersamaku, aku yakin.

Segala pinjaman atas dunia ini akan ditarik balik oleh si peminjamNya. Sebelum semuanya ditarik balik, aku ingin menyatakan kasih sayang aku kepada semua orang sekeliling aku (keluarga, kawan kawan, kucing, alam ini) kerana kalian mengajar aku banyak benda. Kalian mengajar aku erti sabar, erti berlapang dada, erti mengatasi rasa takut, erti bersyukur, erti menghargai, erti kasih sayang itu sendiri. Sememangnya hanya Allah sahajalah sebaik baik pembalas.

Dalam 40 tahun lagi, mungkin Islam itu masih belum tertegak, tapi aku ada satu pengharapan yang tinggi untuk pergi dalam keadaan struggle untuk Allah, dalam keadaan aku berusaha untuk membenarkan syahadatul haq dalam diri aku dan juga diri orang lain. Tiada apa yang mampu menggembirakan aku selain dari mendapat redhanya yang hakiki dan bertemu melihat wajahNya. Ya Allah, moga tulisan ini jadi saksi.

** lap air mata**

Betul lah. Hanya dengan kebenaran dapat membahagiakan hati dan jiwa seseorang. Aku nak kongsi dengan kalian yang kebahagiaan hati kita ni hanya akan tertunai bila kita tahu dan faham dan rasa kebenaran Allah yang Esa, Rasulullah kekasihNya. Tiada kebenaran lain selain kalimah LA ILAHA ILLA ALLAH, MUHAMMADUR RASULULLAH.Memang tiada. Aku dah cari macam macam sebelum ini, dan inilah kebahagiaan yang hakiki.

Nikmat tarbiyah yang Allah pinjamkan ini sangat buatkan aku makin nak kenal dengan pencipta aku. Tarbiyah ni memang boleh mengubah seseorang dengan izin Allah dan perlu ada kemahuan yang kuat. Dengan kasih sayang Allah sahaja, Dia yang berhak memilih sesiapa yang Dia kehendaki untuk mendapat petunjuk yang lurus itu.

Allah Allah. Nak nanges.

Berilah sebanyak mana harta dunia, kekayaan, pasangan. Tapi benda itu semua tak boleh compete kasih sayang Allah pada aku. Aku tak nak terkeluar dari pilihanNya. Aku nak jadi bintang bercahaya itu. Aku mahu jadi orang yang masuk surga tanpa dihisab itu. Tapi semua itu hanya angan angan jika aku tidak berbuat.

Dalam 40 tahun lagi, kalau aku dah tak de dekat sini. Aku harap aku pergi dengan hati yang redha dan diredhainya :)

** Semoga bertemu di Surga ^.^ **

Ni terjumpa waktu cari gambar. Mungkin ni yang terbaik.

Kena start buat perubahan.

Dan bermujahdahlah wahai hati. :)





Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

a letter from your helpless abid..

Expecting our first child

Di Sebalik At Tin