_MUNTALAQ _

TRAVELOG MUNTALAQ PART 1

Bismillahirahmanirrahim.

Assalamualaikum w.b.t  ^.^

"Katakanlah (Muhammad), "Dengan karunia Allah dan rahmatnya, hendaknya dengan itu mereka bergembira. Itu lebih baik daripada apa yang mereka kumpulkan" (10:58)

Alhamdulillh , syukur tak terhingga sebab dengan kurnia dan rahmat Allah yang satu tu, Allah masih memilih aku untuk sesuatu yang aku rasa aku takkan dapat tempat lain. Cuti dua minggu ni, ramai orang yang pulang ke rumah masing - masing. Hanya ada lima orang sahaja yang tinggal di hostel ini. Rupa- rupanya perancangan Allah Ar Rahman lebih lebih dan lebih jelas dan hebat berbanding akal aku yang kerdil ni. Allah masih lagi bagi peluang dan memilih aku untuk menyambut seruannya kali ini. Seruan yang aku pun tak sangka effect dia sangatt..... boom. Alhamdulillah ala kulli nikmat.

Seruan Muntalaq kali ni betul betul menjadi satu titik tolak untuk aku terus berbuat dengan kefahaman. Usia tarbiyah aku yang masih baby ni, setahun empat bulan ni, sangat aku hargai, which nikmat tarbiyah yang sangat menghidupkan aku setelah 19 tahun hidup dalam jahiliyah. 8:24. Aku tak tahu macam mana nak hidup tanpa tarbiyah ni. ni je satu satunya jalan yang ada untuk berjumoa dengan Allah dengan hati yang diredhaiNya.

Perjalanan jaulah Muntalaq kali ni, membawa ruh sahabat pilihan masing-  masing. Pre jaulah sangat perlu diisi dengan baik sebelum sampai ke destinasi. Macam - macam kami berbuat untuk kekalkan tarbiyah diri. Solat jemaah, walaupun ada dua ketul je..erkk. Tilawah dan tadabbur, mathurat bersama dan bedah buku dasar dasar islam which is benda yang sangat basic dan perlu dihadam dengan betul. Cuma pre jaulah tu, kami sempat bedah tajuk iman. Dan Alhamdulillah, sangat menjawab persoalan yang bermain dalam fikiran aku.

Cuba teka ..roh sahabat siapa yang aku pilih.. okay, kejap lagi aku cakap, Jaulah kali ni, lama sikit, dua hari, jauh jugak la dari belgaum. aku direct dekat pengisian je ea. Masa hari pertama jaulah, kami bertaaruf dengan akhawat  ansar. Haa, waktu ni lah kami reveal watak sahabat, sahabat yang aku pilih is Salaman Al Farisi r.a, Sang pencari kebenaran. Moga aku mendapat roh sahabat ini. Amin,
Baik, bersediap sedia untuk menerima kebenaran seterusnya, baik.ayuh buka Al quran, surah Al imran, ayat 110

"Kamu(umat Islam) adalah umat terbaik yang dilahirkan untuk manusia, (kerana kamu) menyuruh (berbuat) yang makruf, dan mencegah dari yang mungkar, dan beriman kepada Allah. Sekiranya ahli kitab beriman, tentulah itu lebih baik bagi mereka. Di antara mereka ada yang beriman, namun kebanyakan mereka adalah orang orang yang fasik." (3:110)

Alhamdulillah, apa antunna rasa dengan ayat ni, macam kenal je kann, macam lebih kurang je dengan SH kan? kan? okay, jom go through jap. Allah mention 'kamu". Siapa kamu itu?" 'saya!" siapa lagi kalau bukan umat nabi Muhammad kan, yang tinggal atas muka bumi ni, kaum nabi lain semua sudah dilaknat dan dihapuskan oleh Allah tu, Jadi kita lah yang Allah seru tu.

Lepas tu, Allah mention lagi , kamu adalah UMAT TERBAIK, khairun ummah kan Allah mention. Umat terbaik yang Allah keluarkan dari kalangan annas, manusia. iaitu, orang yang tengah tadabbur ayat ni sekarang ni lah:) Dari banyak banyak manusia kan, Allah memilih umatnya yang terpilih itu, untuk jadi khairun ummah. Mereka yang ada dalam gerabak tarbiyah ni. Dalam banyak banyak orang yang join tarbiyah itu, Allah pilih lagi mereka yang betul betul mahu menyambut seruannya. MasyaAllah. 

Allah seru khairun ummah ni, untuk buat AMAR MAKRUF NAHI MUNGKAR. Okay, sebelum Allah letak aku dalam gerabak tarbiyah ni kan, aku pernah je go through this ayat waktu belajar PQS  masa form 5 dulu. Dengan mind set, amar makruf ni adalah buat baik dengan ibu bapa, buat baik dengan cikgu, sapu sampah, kemas bilik darjah. Nahi mungkar pulak, jangan buang sampah, jangan mencuri, jangan minum arak. Huhu.

** Tapi sekarang ni amar makruf nahi mungkar itu adalah SYAHADATUL HAQ (baca: SH) kita, Kebenaran tentang syahadah itu sendiri, which is kebenaran untuk mengesakan Allah. Allah nak bagi MIND SET yang lebih besar untuk kita tengok which is sehingga capai USTAZIATUL ALAM (baca : UA)itu. Mungkin jahiliyah arab terdahulu adalah dengan menyembah berhala, tapi sekarang, jahiliyah itu mungkin makin halus, yang kita tak nampak tu. Sembahan selain Allah dalam hati kita. Allahu. Berbuat Syahadatul haq itu sehingga mencapai UA.

Cuba kita tengokkan, dalam seharian kita, apa yang kita selalu fikirkan? common thing sekarang ni.. makan, duit... kerja pun sebab nak cari makan kan ? kalau macam tu, apa beza kita dengan burung, apa beza kita dengan Luna, Mael dekat hostel ni. ? eh. walhal Allah angkat kita jadi khairun ummah kot! things to ponder..

Dan Allah cakap last sekali, BERIMAN KEPADA ALLAH. Memang! Memang! inilah kuncinya. Kerja ni hanya boleh buat dengan IMAN sahaja. takde syarat lain. sebab kita buat ni sebab nak Allah redha dengan kita je kan. Dengan buat tujuan hidup ni kan. kita beriman dengan janji Allah itu benar.
Segala reason lain untuk kita buat amar makruf nahi mungkar ni akan hilang. Sehinggalah.... yang tinggal itu hanyalah Allah.

Lepas tu kan, Allah mention tentang AHLI KITAB. ahli kitab ni, mereka hanya bercakap, tanpa berbuat. Nak tak nak, kita memang kena berbuat tu, berbuat apa? membenarkan syahadatul haq kita. Allah, Allah..semoga Allah menguatkan kita untuk meneruskan risalah yang Allah turunkan dari Nabi Adam ni lagi. perjalanan ni sangat panjang. Hanya yang ikhlas akan tinggal.

Take home message :
Ayat ni buat aku makin yakin dan jelas kenapa dan kenapa kita buat syahadatul haq tu, sebab memang Allah dah pilih kita, buat aku makin percaya yang akulah yang Allah pilih tu untuk membenarkan syahadah aku ini. Buat aku makin serius dengan dengan apa yang aku dah dapat. Alhamdulillah syukur Ya Allah, kerana Kau masih lagi nak selamatkan kau dari jurang api neraka itu. Semoga Allah istiqamahkan dan menambahkan kefahaman agama ini, hanya untuk mendapatkan redhanya semata.


----------------------------------------------------endpart1----------------------------------------------------------

Sejak aku join tarbiyah ni, banyak wasilah atau cara yang menarik untuk buat aku tak bosan dengan tarbiyah ni. Malamnya pulak kami BEDAH MOVIE. Cuba teka movie apa? huhu. meh aku bagi tajuk, ' The Rise of the Guardian'. jACK FROST ! Menarik sangat ibrah yang aku dapat dalam cerita ni.

Selama 19 tahun aku hidup kan, penat tau buat tanpa tahu tujuan hidup sebenar. Buat je benda baik, tapi tak tahu matlamat sebenar, Penat, penat. Berbuat tanpa matlamat dan kefahaman.

 Tapi... tapi..


bila once Allah dah hadiahkan satu kurnia yang tak ternilai tu kan, Islam, tujuan hidup, kefahaman Islam tu kan, itulah yang berbuat aku lebih lebih nak berbuat. Nak jadi orang yang dilihat Allah tu, bukan dilihat manusia. Sangat penting berbuat sesuatu dengan kefahaman itu. Dan movie ni buat aku faham, kenapa kena berbuat dengan kefahaman tu, sebab kalau buat dengan semangat dan takde kefahaman, aku akan jadi penat dan penat tu tak tahu tersalur tak di jalan Allah.

Walaupun usia tarbiyah aku masih awal kan, tapi berbekalkan kefahaman yang ada ni aku akan cuba sampaikan, sebab tak tahu mana satu yang Allah kira. Moga semuanya jadi saksi. Amin.

Aku terinspire dengan satu part kisah Abdullah bin Judan. Bila mana dia rasa berat untuk berbuat kan Rasulullah motivate dia dengan , setiap langkah kita untuk berbuat tu kan, Allah dah sediakan sebuah rumah untuknya di syurga. :D

InsyaAllah, nanti antunna tengoklah movie tu dan share ibrah dia ea :)

-----------------------------------------------------endofday1--------------------------------------------------------

** ok, part two sambung jap lagi.


Comments

Popular posts from this blog

a letter from your helpless abid..

Expecting our first child

Di Sebalik At Tin