Posts

Showing posts from April, 2015

Kaifa haluki ?

Image
Bismillahirrahmanirrahim. Kaifa haluki? Alhamdulillah thumma Alhamdulillah. Segala puji pujian ke hadrat Allah swt atas segala limpah kurniaNya. Moga kita sentiasa berada di bawah lembayungNya kerana malaikat yang tidak putus putus memohon keampunan untuk hambanya yang berdosa ini. Allahumma fighrli Ya Allah. Tidak lupa juga selawat ke atas Rasulullah s.a.w yang sangat dirindui dan dikasihi serta sahabat sahabat baginda yang sudah membuktikan syahadah mereka. Senyum untuk mereka, tapi kita masih belum selesai lagi di bumi ini. " Kaifa haluki "? Bukan sekadar apa khabar kamu tetapi apa khabar hal mu? Iaitu perasaan dan iman. Cantik sangat bahasa Arab. Short and sweet. Lamakan tak tanya khabar iman. Penulisan kali ini lebih kepada ayat tadabbur aku pada suatu hari yang hening dalam kelas English dan sangat kena dengan jiwa aku saat itu dan betul betul buat aku faham sikit dengan jalan ini. Ni tadabbur aku tau.Baiklah. Ayatnya adalah surah al baqarah ayat 155 dan 156 ...

Futur ? Arhh.. Tidakk !!

Image
Bismillah. Dengan nama Allah yang Maha Penyayang Maha Pengasih. " Dia tu kuatla aku tengok. macam tak pernah down pun !" - " Itulah, aku pun rasa benda yang sama. Aku tengok tarbiyah dia terjaga je sepanjang masa." "Cenggane a dia boleh maintain cenggitu. Kalau jumpa orang dia senyum je." -" Aku ni ada lah jugak masa masamnya". Hehehe..pernah dengar tak dialog di atas. Pernah terjadi tidak dekat anda? kikih. Jom tengok dialog lain pulak. " Kenapa aku rasa kering a. Rasa macam takde perasaan. Boleh tak nak rehat je" - " Aku pernah jugak. Tadabbur tak rasa. Tiba- tiba tak rasa apa apa. Dulu aku sekali baca dah dapat apa yang Allah nak bagi." Ok..yang ni best. " Kenapa masa awal awal tarbiyah dulu aku semangat ea. Tilawah dua juzuk, sehari satu buku fikrah. Semangat nak menyampaikan dekat orang lain. Tapi sekarang aku rasa malas. Satu page pun liat nau nak bacanya. Buku fikrah sebulan pun belum tentu. ...

Di Sebalik At Tin

Image
Bismillah. Allah Ghayatuna Rasulullah Qudwatuna Al Quran Dusturuna Al Jihad Sabiluna Al Mautu fi sabilillah Asmaa Amanina ! Perh. Pagi yang penuh semangat. Cewah. Allah matlamat kami. Rasulullah qudwah kami. Al Quran pedoman kamu. Jihad adalah jalan kami. Mati di jalan Allah. Cita - cita kami tertinggi. Ulang suara. " CITA - CITA KAMI TERTINGGI" Pagi - pagi ni nak kobarkan semangat orang mukmin nak pergi berperang (8:65) " Takde kelas ke ros? " - " I got two hours to go " "la..la..la" Senyum kelat. Pernah makan buah tin tak? buah zaitun ke? durian ? Eh. Takdelah buah durian tu. Cuma pagi ni nak share tentang surah At Tin. Haa.Yang hangpa dok hafal pong pang pong pang masa sekolah kafa dulu, sekolah tabika Islam tu. Yang pakai baju warna biru tu. Ingat dok? baiklah, serius boleh tak ros? okeh. fine. Baiklah, ada sesuatu yang sangat besar dan signifikan sebenarnya dalam surah At Tin ni. Nama surah ini adalah  At- Tin...

Buka mata luas luas 0.0

Image
Bismillah Assalamualaikum wbt Alhamdulillah segala puji bagi Allah Tuhan semesta alam.Tuhan yang satu- satunya yang layak disembah. Segala makhluk di atas muka bumi ini bertasbih kepadaNya. Nama - namanya yang sering membasahkan hati hamba - hambanya yang beriman. Semoga Allah melimpahkan rahmatnya kepada siapa yang Dia kehendaki. Segala - galanya daripada Ar Rahman. Nikmat hidup lagi pada hari ini, nikmat Subuh, nikmat Dhuha, nikmat sarapan. Segala - galanya adalah nikmat. Argh, tapi mengapa sang manusia masih lagi berpaling? Sekali lagi Allah sempurnakan nikmatnya. Baru - baru ini aku keluar berjalan jalan di suatu tempat yang aku tak tahu pun dekat India ini wujudnya tempat yang sangat signifikan dalam sejarah umat Islam. ISK kot. Cuba teka dekat mana? Perjalanan dari Belgaum ke tempat tu ambil masa dalam empat jam. Tempat itu adalah BIJAPUR. Aku tak tahu pun dekat situ ada sesuatu yang ada dalam sejarah kita kot. Amazing ! cewahh. GOL GUMBAZ. Epik giler nama. Dan memang se...

Aku nak Allah ! Tapi ...

Aku nak Allah ! Tapi ... Bismillah Di pagi Jumaat yang penuh barakah ini kan, aku rasa satu perasaan membuak- buak dari semalam dah tahan nak share pasal surah Taha. Ada sesiapa tahu kenapa aku nak share. Mestilah tak kan.  ط ه .Satu surah yang telah melembutkan hati Saidina Umar Al Khattab yang keras tahap apa dah pada waktu jahiliyahnnya. Satu surah yang membuatkan sahabat ini yakin yang tiada siapa yang harus disembah selain Dia. Perhh. Ini epik. Ironinya, hati kita yang sememangnya yang dah lembut sikit pada Umar pun, tak boleh lagi nak menyembah Allah yang sepenuhnya. Ok , part ni saya terasa. Baik. Al- Quran Tidak membuat susah . " Thaahaa. Kami tidak menurunkan Al Quran ini kepadamu agar kamu menjadi susah." ( Thaha: 1-2) " (yaitu) Yang Maha Pengasih yang bersemayam di atas arasy." (thaha:5) Maksudnya, agama Allah ini datang tidak menyusahkan manusia. Islam adalah manhaj yang hantar pada kebahagiaan.   Tidak ada kesusahan bersama I...