Kenapa awak pakai niqab?
Assalamualaikum w.b.t
12 September 2012..
.Alhamdulillah..sampai sudah aku ke Ardu Kinanah ini..ini memang impianku.sebelumnya ada antara saudara aku yang bertanya " Kak ngah, nape tak pilih Ireland, medik kan ok kat sane?"....aku hanya mampu tersenyum...Entahlah jawapan apa yang aku harus berikan..tetapi hati aku mengatakan ada sesuatu yang akan ku peroleh di bumi Mesir Anbiya ini...
"Setiap yang hidup pasti akan mati..kemana aku akan pergi selepas aku mati?.."
Itulah yang aku tanamkan dalam diri aku..ke mana sahaja aku pergi aku hanya inginkan redha Allah....Tidak lama selepas itu, aku dengan perlahan - lahan telah membuat keputusan untuk berubah menjadi muslimah
yang lebih baik dari yang sebelumnya..Allah menurunkan hidayah kepadaku melalui buku SOLUSI...Alhamdulillah. Pada waktu itu, tajuknya tepat mengenai hatiku yang sedang berbelah bahagi tentang keraguanku untuk berubah kepada satu langkah yang lebih baik..
"TUTUP AURAT SUPAYA SELAMAT" - SOlusi..(tak ingat la edisi berape..hehe..42 kot)
Dalam hati aku, kelegaan terasa meliputi seluruh ruang tubuhku...aku berasa amat yakin bahawa Allah akan memelihara perempuan yang melabuhkan jilbabnya sehingga menutupi dadanya..pada masa tu aku rase macam..."kenape aku kene ragu - ragu ea nak buat apa yang Allah suruh buat..padahal dia pencipta aku."
"Orang yang pandai paksa diri untuk berubah. Orang yang gagal berubah kerana terpaksa"
Masanya dah sampai....aku tak tahu bila aku mati...sebelum ni aku takut orang cakap macam - macam kat aku..." ish dia ni..bia betull..daripada jeans ..selendang bagai tiba tiba tudung labuh"..tp setakat ni takde lagi la..pastu dalam buku solusi ade cakap.."siapa la kita manusia ni nak menilai baik buruk seseorang..orang yang bercakap tentang keburukan orang adalah orang yang fasik" (hehe...ni bahasa sendiri ni..tapi maksud sama tau )....tiba - tiba aku tersenyum sendirian.......
" Mak..kak ngah nak beli tudung coklat yang labuh tu la..nak duit..hehe"..buat muka seposen..my mom tak cakap apa..dia support saja ^.^.."YES! Step pertama dah berjaya..dalam kereta terus aku pakai sampai balik rumah..maka lepas pada tu aku dah stat la pakai tudung labuh..sarung kaki? handsock? semua aku pakai,,mule2 tak biasa laa..tapi...ALAH BISA TEGAL BIASA....Alhamdulillah, aku masih istiqamah sampai sekarang.. Ya Allah..janganlah engkau palingkan aku dari hidayahmu setelah engkau mengurniakan aku hidayahmu..
Dah..sambung cerita kat airport cairo..samapai sampai je cube teka siapa yang sambut?mereka adalah pelajar Al Azhar...semuanya bertudung labuh dan berniqab...wow! terkezut aku tengok..rase macam kerdil je diri ini..Kitaorang dibawa ke bakan Pahang...kat sana biah solehah..baguz la...sepanjang dua minggu duduk cairo..aku perhati je cara hidup mereka..one thing i was curious is about the niqab..kenapa diaorang pakai niqab? satu hari aku tanya akak ni.." akak..kenapa ramai orang pakai purdah ea kat cni?..akak tu jawab " sebenarnya dia tengok pada niat kita nak pakai sebab apa..ada yang pakai sebab berdebu, nak jaga keselamatan.."oooooo" aku jawab..."kenapa akak tak pakai?"..."sebab akak rase akak boleh jaga lagi "...aku terdiam...tapi dalam hati aku..."one day aku akan pakai"..tak tahu kenapa aku cakap macam tu...
Disebabkan aku adalah pelajar medik ALexandria..setengah pada kami pun berpindah ke Alex untuk teruskan perjuangan....things go like usual~~~~untilll satu malam...aku tersedar dari tidur dengan terkejut dan aku rasa macam air mata aku keluar....( mimpi buruk tak ley cite)..tiba -tiba hati aku bursting out nak pakai purdah..out of no where...lepas pade tu aku col mak ayah aku untuk minta izin mereka untuk memakai niqab..mereka izinkan ^.^
Hari esoknya terus aku pergi Mansyiah ( tempat shopping alex yg harganya berpatutan )..hehe..aku nak beli niqab..hatiku riang gembira..rase tak sabar pula rase nak pakai...:)..ALhamdulillah..secebis kain ini masih lagi aku pakai..aku pakai untuk mendapat REDHA ALLAH semata - mata....Aku rasa lebih selesa dan lebih terjaga..InsyaAllah jika kita buat sesuatu kerana Allah, Allah akan pelihara kita..Amin Ya Rabb.
~~wallahualam~~~
-sekadar perkongsian-
Alhamdulillah,semoga anda istiqamah ..dan ingat,lakukan ikhlas kerana Allah.. :)
ReplyDeleteTerima kasih..in shaa Allah
ReplyDeletefollow saye punye boleh ? :)
ReplyDeletealhamdulillah syera.. :D
ReplyDelete