" Bukan Urusan Saya"

Assalamualaikum w.b.t

 Hari ni ana nak share sikit la satu cerita yang ana baca dari buku RASUL MULIA,UMAT MULIA, AKHLAK MULIA..(Best buku ni..hehe )..bace punye bace..ana rase mcm sesuai sangat dengan keadaan kita sekarang yang kurang satu padu dan tak ambil tahu tentang saudara islam kita yang lain..hayati cerita ini..^.^

  Pada abad ke 11 Hijriah, kerajaan Islam Turki Uthmani, menyaksikan seorang ulama besar yang bernama Syeikh Muhammad Sa' dudin bin Hasan Khan at - Tabrizi (w.1008 H). Ketinggian ilmu dan kekuatan hafazan beliau menjadi sumber kekaguman semua ulama pada masa itu.

Diceritakan bahawa beliau pernah menjawab ratusan permasalahan hukum dan fatwa melalui hafalannya tanpa membaca buku terlebih dahulu.

 Kelebihan dengan kesolehan dan kecerdikan yang luar biasa ini, beliau memangku Jabatan Syeikh al -Islam ( mufti negara ) yang ke 22 di dalam kerajaan Turki Uthmani.

 Pada suatu hari, Khalifah Turki yang bernama Sultan Ahmad I mengirim sepucuk surat rasmi kepada Syeikh Sa'dudin untuk bertanya, " Apakah kekurangan yang terdapat di dalam negara ini ( sehingga kita mengalami kemunduran dan kekalahan daripada musuh) padahal Allah menjanjikan kemenangan pada umat Islam?"

 Syeikh yang bijak ini menulis jawapannya, "BUKAN URUSAN SAYA". Sultan Ahmad menjadi sangat marah apabila mendengar jawapan tersebut. Dia menyangka bahawa Syeikh Sa'dudin mengabaikan pertanyaan penting ini.

 Sultan Ahmad segera memerintahkan Syeikh Sa'dudin menghadap pada saat itu juga, lalu memarahinya dengan sangat keras. Dia berkata "mengapa engkau mengabaikan pertanyaanku? Beraninya kau berkata bukan urusan saya untuk suatu masalah yang sangat penting?"

Dengan tenang, si mufti itu menjelaskan, " Saya tidak mengabaikan pertanyaan tuanku, sebaliknya saya menjawab soalan tuanku dengan sangat teliti. Kalimat " BUKAN URUSAN SAYA" inilah yang menjadi sebab utama kemunduran umat Islam.

 Jika setiap individu - samada pejabat di dalam kerajaan ataupun rakyat biasa - hanya mementingkan diri sendiri, dan berkata "bukan urusan saya" setiap kali melihat permasalahan umat, maka kemunduran demi kemunduran, dan kekalahan demi kekalahan akan menimpa umat Islam secara berterusan."

Setelah memahami ucapan Syeikh yang penuh makna, Sultan Ahmad menjadi sangat malu. Lalu dia segera meminta maaf kepada Syeikh Sa'dudin dan memberikan hadiah yang banyak kepada beliau.



SIMPATI

Jawapan Syeikh Sa'dudin sungguh tepat menusuk jantung permasalahan. Kalimat "BUKAN URUSAN SAYA" merupakan ekspresi sikap tidak ambil peduli tehadap permasalahan yang sedang melanda masyarakat.Kalimat ini juga menandakan kematian hati nurani sehingga tidak dapat merasakan kesedihan dan kesulitan yang melanda orang lain.

Jika sikap ini terus tumbuh dan merebak di jiwa sesebuah bangsa, maka hal ini menjadi petanda keruntuhan bangsa tersebut.



Sikap hanya mementingkan diri sendiri (egoisme ) dan tidak peduli kepada orang lain dan umat secara keseluruhannya tidak pernah ada pada zaman nabi SAW. Sebaliknya baginda mengajarkan agar setiap individu di dalam masyarakat islam bersimpati terhadap individu lain sehingga aktif memainkan peranannya dalam membangunkan umat. Rasulullah bersabda.

Maksudnya : Perumpamaan kaum Mukminin dalam cinta kasih mereka ibarat sesusuk tubuh. Jika satu anggota menderita sakit, sesusuk tubuh akan terasa demam dan tidak boleh tidur.

(Riwayat al Bukhari dan Muslim)


 Kemudian, Rasulullah SAW mewujudkan hal itu dengan mengikat tali persaudaraan sesama penduduk madinah sehingga setiap Muslim merupakan saudara bagi muslim lain dankeduanya dapat saling membantu menghadapi cabaran hidup yang mendatang.

 Hasilnya umat Islam di bawah pimpinan nabi Muhammad merupakan umat yang mampu menikmati hidup suka duka bersama. Keadaan ini berterusan walaupun Rasulullah wafat.







Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

a letter from your helpless abid..

Di Sebalik At Tin

2020: Historical?