Growth needs patience and perseverance. #IbrahimIsmail

Bismillah.


 Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.

    Rindunya nak menulis. Tapi tak cukup masa. Eh.Assalamualaikum ! Salam dan selawat ke atas junjungan Nabi Muhammad SAW yang dicintai dan dirindui. Peace be upon sahabat2 Rasulullah SAW. Nantikan aku di sana.Belum terlambat lagi untuk aku ucapkan selamat hari raya aidiladha dari bumi India ini.

" Growth needs patience and perseverance"

   Sebenarnya, aku masih lagi dalam mood raya korban. Huhu..maksud aku, finding the real meaning of korban. Malam raya masak2 sambil dengar takbir. Allahu akbar. Melaungkan takbir dan tahlil. I went deep to it. Raya is about something that aku dan kau mengagungkan Allah. Membesarkan Allah dalam hati. 

   Then the question came. Berapa banyak aku dah membesarkan Allah dalam hati. Bila Allah cakap. Jika kau cintakan Allah maka fattabiuni. Ikutilah aku (Rasulullah). Al Imran ayat 31. Sunnah Rasulullah yang terbesar adalah dakwah dan tarbiah. Betapa banyak sudah aku prioritykan sunnah terbesar ini dan sebenarnya sudah berapa banyak aku bagi hati pada sunnah ini.

Jom throwback jap kisah Ibrahim dan Ismail. Tiap2 tahun dalam khutbah, cerita ni lah yang sangat famous, Let me read it to you. Dalam surah saffat. (99-107). Mafhumnya. tarik nafas and read between the lines ok?

" Ya Tuhanku, anugerahkanlah kepadaku(seorang anak) yang termasuk orang yang soleh.Maka kami beri kabar gembira kepadanya dengan kelahiran seorang anak yang sangat sabar(Ismail).

 Maka ketika anak itu sampai (pada umur) sanggup berusaha bersamanya, (Ibrahim) berkata,' Wahai anakku! Sesungguhnya aku akan bermimpi bahawa aku akan menyembelihmu.Maka pikirkanlah bagaimana pendapatmu!' 

Dia Ismail menjawab,' Wahai ayahku! lakukanlah apa yang diperintahkan Allah kepadamu,insyaAllah engkau akan dapati aku seorang yang sabar.' 

Maka ketika keduanya telah berserah diri dan dia (Ibrahim) membaringkan anaknya ke atas pelipisnya(untuk melaksanakan perintah Allah).

 Lalu Kami panggil dia.' Wahai Ibrahim!' Sesungguhnya engkau telah membenarkan mimpi itu. Sesungguhnya ini benar2 suatu ujian yang nyata. Dan Kami tebus anak itu dengan sembelihan yang besar."

What a beautiful story and banyak sangat aku belajar dari Sang bapa dan sang anak ni. Tapi kali ni aku nak share cerita ni which is growth takes patience and perseverance. Banyak persoalan yang timbul sebenarnya. Macam mana Ibrahim boleh meyakini Allah dengan begitu hebat dan Ismail juga ditarbiyah dengan template yang sama.

Tapi sebenarnya sebelum capai klimaks penyembelihan ni, Nabi Ibrahim dan ismail had gone through so many things and tribulations yang selalu direspons dengan baik. Nabi Ismail ni bukan senang nak dapat, lama tunggu. Nak2 pula lepas lahir je terus kena letak dekat tanah kosong which is Mekah and bila Ibrahim jumpa dengan anak dia yang paling dia sayang, dia kena sembelih. Peh. Tak boleh bayang macam mana dia handle the situation. But Allah has destined his life like that just sebab nak tengok sejauh mana cinta dan kesehnya Ibrahim ni pada Allah. Kan Allah matlamat dia. And ujian dia adalah ujian yang nyata, yang real, yang memang dia hadapi as manusia.

Dakwah Nabi Ibrahim takdelah gempak sangat. Berapa je mad'u yang dia ada. Tiga orang je. Tapi sebenarnya macam mana dia respons dengan setiap ujian Allah tu. Whatever it is Allah first. And dia membesar dengan ujian. Macam mana patience and persistence to develop sebab ujian itu. And tarbiyah Nabi Ibrahim membesar dengan baik sampai tersibghah dekat Ismail. Ujian itu akan ada, tapi macam mana dia respons dengan dua2nya prioritykan Allah dulu. 

And I have been wondered. Dalam hidup kita banyak je ujian.Dalam dakwah dan tarbiyah ni. Adik reject, masalah dalaman(inferiority) ketakutan nak buat dakwah. Ujian bersama akhawat. Tapi dalam kisah ibrahim ni, Allah memang uji dia dengan benda yang nyata. So, memang kita akan dapat ujian2 ni. tapi apa yang membezakan is adakah kita membenarkan ujian itu pada kita, and kita yakin tak ujian dan mehnah itu adalah dari Allah dan kita respons dengan neraca Allah? Kan matlamat kita Allah, so Allah had prepared so many tribulations sebab kaseh dan sayangnya dia pada kita.

And disitulah terletak tarbiyahnya. Dari situlah kita membesar. And lubuk paling banyak nak dapat ujian dan masalah adalah dengan dakwah dan tarbiyah. Because you need to think and develop other people and yourself. And tujuannya memang nak kita ni yakin dengan Allah and makin rapat dengan Allah.

 Sooooo, the question come, makin lama kita dalam dnt ni , makin bertambah tak hubungan ita dengan Allah. Rasa tak tangan2 Allah yang mengatur kehidupan kita sebab at the end tarbiyah tu kan kehidupan. Kalau hidup sendiri2 memang tak rasalah kasih sayang Allah. Sebab kalau kita ada ujian, we cannot even motivate ourselves yang ujian ni dari Allah. Takpun terima je tapi tak boleh nak respons. 

Ehem. Ni apa yang aku rasa dulu. First thing mesti menjerit and menangis, rasa nak salahkan orang lain. Tapi sekarang ni kita membesar dengan tarbiyah ni. And nak ubah neraca kita yang jahil dulu kepada neraca quran. Nampak macam impossible kan. Sebab it is a process. And it is called tarbiyah. And it really does not require a day, mungkin sampai aku mati. Tapi kuncinya adalah sabar dan istiqomah. Jangan cepat melatah and jangan cepat give up!

And itulah kunci kepada cinta tertinggi Ibrahim kepada Rabbnya. Rela ditarbiyah oleh Allah walaupun diuji dititik paling lemah. Dan sebenarnya memang tak mustahil Nabi Ibrahim respons macam tu bila Allah suruh sembelih anaknya sebab Ibrahim terlebih dahulu melalui proses pentarbiyahan ni. Dia membesar dengan sabar dan istiqomah. Kita pun boleh. Tenang, sabar, keep moving on and cuba untuk istiqomah. Kan nak pergi syurga yang sama dengan Ibrahim. Peace !

Bila kita cinta Allah, maka ujian pun berkunjung tiba. Tapi what differentiate us is kita rasa tak ujian itu tanda kaseh dan sayang Allah pada kita and effect dia kita sanggup je hadapi ujian itu. Dan rasa tak dakwah dan tarbiyah ni adalah tanda kaseh dan sayang Allah pada kita dan sanggup tak kita nak bawa sunnah terbesar Rasulullah ini. :)

P/s : Tak taulah entry kena tak dengan tajuk. Tapi mungkin ni view aku sekarang ni pada tarbiyah dan dakwah. And Allah will cause no harm. Have faith. If He brings u to it and he will go through it.

Comments

Popular posts from this blog

a letter from your helpless abid..

Expecting our first child

Di Sebalik At Tin