Kalau sudi bacalah..:D

Bismillahirrahmaniirahim :)


Lamanya tak menulis. Rindu. Sometimes I kenot speak sebab aku ni biasanya monotone. Huhu. Tapi alhamdulillah, ala kulli hal, banyak sangat dah nikmat yang Allah bagi. Kalau pergi ziarah raya tu, perut kembung banyak minum ais. Hehe. tetamu kan. Tapi aku rasa kembung tak dengan semua yang Allah bagi atas muka bumi ni? Huhu. kalau tak rasa maksudnya tak cukup cinta. Hihi..Tipu je,. :D

Aku kat malaysia ni. How's life? Years passed by...apa yang aku dah berubah eh? Apa yang aku dah bagi pada orang sekeliling aku? Bermanfaat tak eh bila duduk dengan aku? Huhu, bila balik ni, banyak juga checklist yang dibuat. Ciri-ciri daie. Cehh. Banyak..Positif, jujur, ikhlas.......tarbiyah ..tarbiyah...what have you done to me? haha. Tapi sebenarnya tak boleh hidup lah tanpa tarbiyah.

Kalau untuk diri aku, banyak sebenarnya tarbiyah ni dah mengubah. Terutama sekali part emosi. Aku terasa lebih matang. Betui ka? kalau betui2 ikut tarbiyah ni, memang akan matang. Sebab tengah usaha nak masukkan diri, celup. eh..bukan celup..apa eh orang panggil tu, sampai ke urat sendi ke dalam Islam ini. Seronok sangat tarbiyah ni bila kita allow dia ubah kita. Seronokkkk!

"Jumud ah dia ni, islamik sangat, asyik2 tarbiyah!"- adalah bunyi2 belakang tu.

Talk to my hand first.Huhu. Taklah wak. I am just getting back to fitrah. takde istilah islamik ke tak. If everyone back to fitrah then we are all same. Sebab apa tau, TARBIYAH ni dia dinamik, menggerakkan, kau rasa nak beramal dengannya.

"Dah kena tarbiyah, tinggal lah geng2 lama tu." - ni ada juga.

Nak sangat2 sekali. tapi kadang2 mungkin banyak kelemahan pada diri ni, tapi betul2 tak nak balik ke belakang dan benda2 cik J yang kita selalu buat dulu. Tapi aku tak mengalah. Cuba dan terus cuba untuk dekati.

Apa lagi eh tarbiyah ni dah ubah aku?

" Sabar...!" 

yang ni lagi payah. Susah gilaa.Cepat je nak melenting. yang penting tak sabar dengan diri sendiri."
tak sabar dengan perubahan diri. Haa, nilah yang tarbiyah provide. Sabar ni day by day, month by month, years by years. Pehh..Sebab tu kena keep in touch dengan tarbiyah. Nak sabar dengan sendiri pun susah, nikan pula nak sabar dengan umat aka dakwah.huhu.

*tak bermakna aku dah sabar eh. Harap adalah sebesar kuman.

"Dia ni asyik2 dengan quran. eksyen je.Baca je lah alquran kat rumah."-suara-suara kecik tu.

Yang ni aku betul2 tak sedar. Tapi quran tu ada attraction dia. macam gian nak tadabbur,.btw..Huhu...saya student medic, tak sempat nak belek kat umah.haha.Kiddin..tapi realitinya begitu. Dah tarbiyah ni sourcenya quran. Kat situlah aku ditarbiyah. Ni lah benda paling besar tarbiyah dah ubah aku. Even dulu kat mesir, aku tak baca pun maksud quran tu. Tapi aku tahu quran tu petunjuk seluruh alam dan panduan hidup. Tapi aku tak reti nak maximumkan kegunaan. Sakit takk??!! Tak faham pun. Sedih.. sedih.You dont even know the purpose of life. Rabb, Malik Ilah..mana aku pernah dapat dulu. Abid dan khalifah.

Tapi..tarbiyah ni lah yang perkenalkan aku pada kefahaman quran. Rare..rare..thats my feeling. Sebab tu aku rasa tarbiyah ni mahal

out of nowhere, Allah pilih untuk bagi kebaikan Dia.

"Eleh diorang ni, ajet2 perfect je..." ni suara hujung2.

Wo..wooo.. sejak kenal tarbiyah ni, banyak juga yang aku kenal jahiliyah diorang sangat pekat. Banyakk..free hair, social, hisap gam, tapi ada jugak yang baik..kuat study..yang sukakan kebaikan, banyak buat kerja2 amal..akhirnya Allah temukan dengan toriq amal yang sebenar, dan aku rasa sebab tak perfect aku perlukan tarbiyah, sebab kalau aku tak ditarbiyah. aku akan rasa cukup. Tak nak buat lebih. kes aku ni lagi takut. Mujur sempat jumpa cik Tarbiyah sebelum jumpa Allah. Best..! Tapi aku tersentuh dengan tarbiyah ni,mungkin sebab keikhlasan mereka untuk ditarbiyah dan mentarbiyah. Dengan izin Allah, hati aku yang sombong ni tersentuh. So, conclusionnya, everyone need this tarbiyah. :D setuju tak, tak setuju takpe ;)

Haa, lagi satu, Tarbiyah ni dah ubah aku dari prinsip lalang kepada prinsip quran,

So, ni antara ayat feveret aku ..Here we go..Bismillah :)

" Dan Aku telah memilihmu (syahiirah) untukku."(20:41)

" Dan kerana TuhanMu, bersabarlah." (74:7)

" Sesungguhnya orang-orang yang berkata, "tuhan kami adala Allah" kemudian mereka meneguhkan pendirian mereka, maka malaikat-malaikat akan turun kepada mereka(,dengan berkata)"janganlah kamu berasa takut dan janganlah kamu bersedih hati, bergembiralah dengan syurga yang telah dijanjikan kepada kamu." (41;30)

*Malaikat back up kot...

" Ya Tuhanku, sesungguhnya aku sangat perlukan satu kebaikan yang Engkau turunkan kepadaKu."

*Apa korang rasa dengan ayat ni?

" Kami tidak menurunkan Al Quran ini kepadamu (syahiirah) agar engkau menjadi susah."

*Haa, nak senang kena follow quran. Kita sendiri yang cari susah sebab tak ikut and faham and amal dengan quran. terjun gaung.

Sampai situ dulu. nanti aku share lagi eh. Btw, nama Allah yang aku paling suka is Al Wadud. Sebab apa? Boleh baca dekat website virtualmosque k? Al Wadud is the most affectionate. Best ! Best !

Ok, dahlah. tak tahu juga kenapa tulis ni, tapi yang pasti Allah izinkan insyaAllah. Doakan moga tulisan ni bermanfaat, jauh dari riya', tapi semoga menambah iman dan taqwa.

Peace be upon u :) 

p/s : dah  best2 dapat tarbiyah, mesti rasa nak share tarbiyah ni dengan orang lain jugak...

pernah makan kek coklat anis tak? hehe..





Comments

Popular posts from this blog

a letter from your helpless abid..

Expecting our first child

Di Sebalik At Tin