Siapalah aku di mata Allah?

Adakah aku rasa aku sudah cukup baik? Adakah aku akan dapat masuk syurga Allah yang kekal abadi?? Rasulullah dan sahabat adalah insan yang dijanjikan syurga. untungnya mereka.......TETAPI apa yang mereka lakukan untuk mendapat tempat di sisi Allah? di syurga Allah subhanallah?  Masha Allah dan subhanallah..mereka menyampaikan dakwah islam dengan begitu teguh dan yakin dan meletakkan seluruh kebergantungan mereka terhadap Allah s.w.t dalam menyampaikan dakwah Islam. Turun sahaja wahyu daripada Allah, nabi Muhammad dengan penuh hikmah telah menyampaikan dakwah islam secara tersembunyi..terlalu sedikit yang memeluk Islam..namun Rasulullah tetap bersabar  walaupun baginda ditentang oleh bapa saudara baginda sendiri Abu Jahal. Saidina Abu Bakar sentiasa menemani rasulullah dan membantu Rasulullah dalam menyebarkan dakwah..Cintanya Abu Bakar kepada Rasulullah, beliau tidak akan membiarkan sesiapa pun menyakiti Rasulullah..Subhanallah..

Rasulullah dan sahabat menghafaz Al quran, Qiamullail, Solat sunat,tadarus, amanah, rajin menginfakkan harta, solat berjemaah, sentiasa berdoa, sentiasa bercakap benar seperti Abu Bakar As Siddiq, berani dalam mempertahankan Islam seperti Umar bin Alkhattab..Inilah amalan dan sifat Rasulullah dan sahabat yang dijanjikan syurga, yang Allah cintai..TAPI AKU?? Ya Allah, jauh sangat bezanya antara aku dengan Rasulku..Baginda begitu mulia. SIAPALAH AKU DI MATAMU YA RABB.?

Tiada apa yang perlu dibanggakan atas dunia ini wahai sahabat. aku baru tersedar bahawa akhirat itulah tempat yang abadi. Dunia ini ibarat kebun yang harus kita rajin bercucuk tanam di atasnya untuk mendapatkan hasil yang memuaskan di kemudian hari..Laksanakanlah perintah Allah dan tinggalkanlah larangannya..Jagalah sebutir hati yang mempunyai cahaya iman dengan sebaiknya, berpegang teguhlah kita dengan Islam. Syaitan itu tidak akan menghasut ,mengacau, atau mendatangi orang yang fasik, orang yang berzina, orang yang menghisap dadah, kerana hati mereka sudah ditakluk oleh sang syaitan. Oleh itu, berdoalah! mintalah! pada Allah s.w.t. agar dipelihara hati kita dan kuatkanlah iman kita daripada godaan syaitan.

Comments

Popular posts from this blog

a letter from your helpless abid..

Expecting our first child

Di Sebalik At Tin